Tesla Malaysia mengumumkan pengoperasian tiga Destination Charger di Equatorial Plaza (EQ Hotel) Kuala Lumpur. Buat anda yang memandu Tesla, bolehlah singgah ke hotel mewah Kuala Lumpur ini untuk mengecas Tesla anda secara percuma. Stesen pengecasnnya terletak di basement LG1.
Dengan pembukaan Destination Charger Tesla yang baru ini, ia menyertai puluhan stesen pengecas yang telahpun dibuka dan sedang beroperasi. Buat masa sekarang, Tesla mengendalikan 12 stesen Supercharger dengan 56 nozel yang mampu mengecas Tesla pada kadar maksimum 250kW.
Kemudian, mereka turut ada 14 Destination Charger dengan 72 nozel dan mampu mengalirkan 11kW tenaga maksimum pada satu-satu masa.
Tawaran ekslusif kepada ahli Tesla Owners Club Malaysia
Dengan kerjasama EQ Hotel, Tesla Malaysia menawarkan kelebihan eksklusif kepada Tesla Owners Club Malaysia bila mereka memilih untuk menginap di EQ Hotel. Sekiranya anda lakukan tempahan secara terus di laman web EQ Hotel menggunakan kod istimewa, anda layak menikmati faedah berikut:
- Rebat 15% pada Best Available Rate untuk satu malam
- Rebat 25% pada Best Available Rate untuk penginapan lebih 1 malam
- Makan pagi pecuma untuk 2 tetamu
- Pengecasan percuma untuk 1 Tesla
- In-room Minibar boleh diguna percuma
- Rebat 20% ke atas servis cucian kain
- Rebat 20% di spa Sanctum Wellness Centre
- 1 koktel percuma di SKY51

Lato99 Lato99
mega888 mega888