Tesla Malaysia lancarkan program Refer and Earn program untuk terus mempromosikan kereta elektrik itu dalam pasaran kita. Ini maklumat lanjut tentangnya dan cara bagaimana anda boleh dapatkan diskaun sewaktu servis ataupun pembelian Tesla baru.

Apa itu program Refer and Earn Tesla?
Refer and Earn membolehkan pemilik Tesla di Malaysia beroleh ganjaran dengan cara mempromosikan Tesla dalam kalangan rakan dan keluarga untuk turut dapatkan sebuah Tesla. Ia berikan kelebihan pada pemilik sedia ada dan juga pemilik baru.
Untuk pemilik Tesla
Pemilik tesla sedia ada boleh dapat kredit sebanyak RM1,050 untuk setiap transaksi pembelian Tesla menggunakan kod referral yang berjaya. Kredit ini boleh digunakan di:
- Stesen Supercharger untuk mengecas kereta Tesla
- Beli cenderahati Tesla seperti baju, aksesori dan macam-macam lagi
- Bayar kos servis kereta Tesla
Untuk bakal pemilik Tesla
Pelanggan yang membeli kereta Tesla menggunakan kod referal akan menikmati diskaun eksklusif RM2,100 ke atas kenderaan mereka. Untuk setiap kod referral 10 orang yang pertama gunakannya akan mendapat diskaun itu.
Cara untuk dapatkan kod referal Tesla
Nak dapatkan kod referal Tesla mudah saja pemilik cuma perlu ke aplikasi Tesla dan cari kod referral di sana. Kemudian, pautan kek kod itu boleh dikongsi dalam kalangan rakan dan keluarga atau sesiapa sahaja yang berminat untuk dapatkan sebuah Tesla. Ganjaran akan diberikan selepas individu terbabit selesai menerima kereta baharu mereka.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi program Refer and Earn Tesl.Green Incentives for Tesla Buyers in Malaysia
Bunga 0% bila beli kereta Tesla
Selain daripada program Refer and Earn, Tesla juga tawarkan Insentif Hijau untuk beri peluang kepada lebih ramai orang merasa guna Tesla. Antara yang ditawarkan adalah seperti:
- Kemudahan kewangan bunga 0%
- Bayaran muka 10% minimum
- Tempoh pinjaman sehingga 9 tahun
Dengan penawaran itu, pengguna boleh pilih mana-mana daripada dua model Tesla di Malaysia iaitu:
- Model 3: Harga bermula RM181,000 dengan bayaran harian serendah RM55
- Model Y: Harga bermula RM191,000 dengan bayaran harian serendah RM88
Rangkaian stesen pengecas Tesla diperluas di Malaysia
Tesla turut mengumumkan pembukaan kemudahan pengecas baharu untuk tampung lebih banyak kereta di atas jalan raya. Stesen terbaru mereka buka adalah Destination Charger di EQ Hotel, Kuala Lumpur. Anda boleh temuinya di Level LG1, Basement Parking yang ada 3 Destination Charger.
Ia menyertai rangkaian stesen pengecas Tesla Malaysia yang terdiri daripada:
- 12 stesen Supercharger dengan 56 nozel
- 14 stesen Destination Charger dengan 72 nozel
Pandu uji Tesla di EQ Hotel Kuala Lumpur
Tesla Malaysia kini sedang mengadakan sesi pandu uji untuk meraikan pembukaan stesen pengecas mereka di EQ Hotel Kuala Lumpur. Sesi pandu uji berlangsung sehingga 27 Oktober 2024 ini untuk beri peluang anda merasai sendiri pengalaman memandu Tesla Model Y dan Tesla Model 3 di atas jalan raya Malaysia.Anda boleh layari laman rasmi Tesla untuk maklumat lanjut ataupun hubungi 1 800 810 655 untuk maklumat lanjut.
