CATL jadi pengeluar pertama lulus piawaian keselamatan bateri EV China 2026. Ketahui bagaimana ini boleh beri impak kepada pasaran Malaysia.
CATL, pengeluar bateri EV terbesar dunia mengumumkan yang produk mereka dah memenuhi piawaian GB 38031-2025. Ia jadikan mereka syarikat pertama yang memenuhi keperluan “No Fire, No Explosion” yang ditetapkan piawaian tersebut.
Sebenarnya GB 38031-2025 adalah standard yang dikeluarkan pihak berkuasa China dan hanya akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2026. Nampaknya CATL jauh mendahului pesaingnya.
Apa yang diperlukan untuk lepasi GB38031-2025?
Untuk memenuhi piawaian GB38031-2025, sesuatu bateri EV itu perlulah jalani ujian:
- Thermal diffusion: Bateri tidak terbakar dan meletup sewaktu thermal runaway
- Smoke safety: Asap yang terhasil tidak bahayakan penumpang
- Bottom impact test: Simulasi pelanggaran untuk lihat keadaan fizikal bateri
- Rapid charge durability: Bateri perlu jalani 300 kitaran ujian pantas diikuti ujian litar pintar, tanpa gagal
Bateri CATL Qilin yang lepas GB38031-2025
Qilin adalah siri bateri keluaran CATL yang berasaskan teknologi Cell-to-Pack (CTP). Ia dilancarkan dalam bulan June 2022 dan ada ciri-ciri seperti berikut:
- Kecekapan isipadu 72%
- Kepadatan tenaga 255Wh/kg
- Kestabilan struktur yang ditambah baik
- Perlindungan daripada thermal runaway lebih baik
Proses pensijilan telah diadakan di China Automotive Technology & Research Center (CATARC). Ia adalah badan yang turut bertanggung jawab ke atas penawaran C-NCAP.

Bateri NMC dan LFP CATL kedua-duanya penuhi piawaian
CATL menguji kedua-dua jenis bateri mereka iaitu yang berasaskan NMC (nickel-manganese-cobalt) dan LFP (lithium iron phosphate). LFP memang terkenal dengan kestabilan pada segi thermal namun yang menariknya, NMC turut melepasi piawaian yang serupa menandakan kecanggihan teknologi bateri EV CATL.
Apa maknanya untuk EV Malaysia?
Lebih 18 juta EV seluruh dunia menggunakan CATL. Antara jenama yang ada di Malaysia dan gunakan bateri CATL adalah seperti Zeekr, Lotus, Neta, dan Tesla. Ia bermakna, kita boleh jangkakan bateri EV yang lebih selamat pada masa yang akan datang.
CATL jadi pengeluar pertama lulus piawaian keselamatan bateri EV China 2026. Ketahui bagaimana ini boleh beri impak kepada pasaran Malaysia.
