Proton e.MAS 7 telah pun dibuka tempahan untuk memilikinya. Walau bagaimanapun, harga sebenarnya masih belum didedahkan kecuali ia dianggarkan berharga sekitar RM120,000. EV pertama Proton ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Disember 2024 ini. Setakat maklumat yang dikongsikan Proton, e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium.
Tempahan sekarang hingga hari pelancaran e.MAS 7 melayakkan anda menerima Pioneer Privilege Deal. Antara yang terkandung dalamnya adalah rebat sebanyak RM500 dan juga hadiah bernilai RM1,000.
Proton e.MAS ditawarkan dalam warna Platinum Silver, Turquoise Green, SLate Grey, Quartz Rose, dan Lithium White.
Proton e.MAS 7: Output motor elektrik sama merentasi varian
Kedua-dua varian Proton e.MAS 7 mempunyai motor elektrik yang sama. Ia berada di gandar hadapan dan mengeluarkan kuasa setinggi 160kW (215hp) dengan tork setinggi 320Nm. Ia memecut daripada 0 kepada 100km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175km/j. Porotn mengatakan yang drag coefficient kereta ini adalah 0.275 Cd, lebih baik daripada sebutir peluru.

Proton e.MAS 7: Bateri, jarak gerak, dan pengecasan
Beza utama antara varian Proton e.MAS 7 adalah pada bahagian bateri dan pengecasan. Prime sebagai varian lebih rendah diberikan bateri LFP berkapasiti 50kWh dengna jarak gerak 354km (WLTP). Premium pula ada bateri lebih besar, pada 60kWh. Berbekalkan bateri itu, ia boleh gerak sejauh 410km (WLTP).
Apabila perlu dicas, Premium menerima arus DC sehingga 100kW berbanding 80kW pada Prime. Untuk pengecasan menggunakan AC, mereka masing-masing ada 11kW OBC.
Proton e.MAS 7: Kabin dengan sisten inforia 15.4”
Di bahagian dalam, pengguna akan temukan sistem inforia 15.4” dengan panel paparan beresolusi tinggi. Sistem inforia Proton e.MAS 7 diperkasa FlymeOS. Buat masa ini, tiada Android Auto ataupun Apple Carplya ditemukan. Untuk pemandu, kluster digital berskrin 10.2” disediakan untuk paparkan maklumat pemanduan.Untuk varian Premium, ia ada aksesori tambahan seperti sunroof, pintu but elektrik, gril aktif, dan cermin pandang belakang auto-dimming. e.MAS 7 Premium juga ada HUD, kerusi pemandu elektrik dan lampu kabin RGB. Akhir sekali, sistem audio Premium teridir daripada 16 speaker dengan output berjumlah 1000W manakala Prime ada sistem speakar 6 pemacu audio.
/
