Tesla Malaysia tambah dua pencapaian menarik sebelum tahun 2024 melabuhkan tirainya. Buat pengguna EV Tesla, dimaklumkan yang:
- Tesla Supercharger di R&R Skudai mula beroperasi
- Kadar bayaran Tesla Supercharger turun 10% seluruh Malaysia
Tesla Supercharger R&R Skudai mula tawar perhidmatan
Tesla Supercharger yang dibuka di R&R Skudai adalah sesuatu yang menarik. Hal ini kerana ia adalah Supercharger pertama yang berada dalam lebuhraya Malaysia. Di lokasi itu, pengguna akan temui 4 unit Supercharger V4. Setiap satu daripadanya mampu menyalurkan kuasa sehingga 250kW.
Ia kena dengan satu lagi pencapaian Tesla dalam memperkasa rangkaian pengeacsan EV mereka. Kadar bayaran untuk stesen Supercharger R&R Skudai awalnya menggunakan kadar RM1.25/kWh. Namaun, info terbaru yang diterima adalah ia kini diiturunkan kepada RM1.13/kWh untuk menyamai semua kadar Supercharger di Malaysia.
Idle Fee kekal pada RM4.00/minit.
Kadar baharu RM1.13/kWh ini telah dikuatkuasakan awal Disember 2024 yang lalu. Kadar baharu ini menjadikan Tesla adalah penyedia pengecas EV jenis DC berkelajuan tinggi termurah di Malaysia. Berikut adalah perbandingan kadar pengecas jenis DC operator lain:
- DC Handal / Gentari / JomCharge – RM1.50/kWh
- ChargEV – RM1.60/kWh
- Shell Recharge HPC – RM2.20/kWh
