Mercedes-Benz Malaysia tambah pengecas EV di lokasi mewah

Mercedes-Benz Malaysia memperkasa kemudahan pengecas EV menerusi jalinan kerjasama dengan operator hotel mewah dan padang golf. Ia bagi mewujudkan rangkaian pengecasan EV yang komprehensif untuk pelanggan mereka. Pemilik EV Mercedes-Benz akan nikmati kemudahan pengecas yang banyak di lokasi-lokasi kegemaran mereka.

Antara lokasi awal yang Mercedes-Benz jalankan perluasan pengecas EV adalah seperti Shangri-La’s Rasa Sayang di Pulau Pinang, The RuMa Hotel di Kuala Lumpur, dan Anantara Desaru Coast Resort di Johor. Pemandu EV Mercedes-Benz boleh dapatkan akses eksklusif dan layanan istimewa bila mereka pamerkan aplikasi ataupun kad Mercedes-Benz mereka sewaktu daftar masuk.

Bagi menampung permintaan terhadap infrastruktur EV Malaysia, Mercedes-Benz turut mengumumkan tiga solusi yang sedang mereka gerakkan iaitu:

  • Charge@Home: Wallbox di kediaman untuk mengecas EV semalaman
  • Charge@Retail: Pengecas di bilik paeran Mercedes-Benz Malaysia
  • Charge@Public: Pengecas awam di hotel dan padang golf rakan kerjasama

Inisiatif ini dimungkinkan hasil kerjasama Mercedes-Benz Malaysia dengan CPO seperti EV Connection, ChargEV, dan Gentari.

Amanda Zhang selaku CEO dan Presiden Mercedes-Benz Malaysia mengatakan yang gagasan ini mempamerkan komitmen jenama itu untuk menggabungkan kemewahan dengan kelestarian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top