Dongfeng Box EV masuki Malaysia, harga bermula RM101,000

Dongfeng Box EV dijadualkan pelancarannya di Malaysia pada 23 November 2024 ini. Di China, EV ini dikenali sebagai Nammi 01. Di sini, ia diedarkan oleh Central Auto Distributors Berhad (CADB) dan harganya pun sudah diumumkan oleh salah satu penjualnya, Hamawangsa.

Harga Dongfeng Box EV di Malaysia

Dongfeng Box EV ditawarkan dalam dua varian untuk pengguna Malaysia. Berikut adalah harganya (tidak termasuk insurans):

  • Dongfeng Box EV E2: RM100,700
  • Dongfeng Box EV E3: RM113,700 (RM115,700 untuk 2 tona warna)

Spesifikasi bateri dan motor Dongfeng Box EV

Beza antara dua varian ini adalah kapasiti bateri. E2 dilengkapi bateri 31.45kWh LFP dengan jarak gerak CLTC 330km. Varian E3 pula ada bateri 42.3kWh dengan jarak gerak CLTC 430km. Apabila perlu dicas, mereka menerima arus DC pada paras 88kW sementara AC pada paras 6.6kW (3.3kW untuk E2).

Ciri V2L juga ada untuk kereta diguna sebagai powerbank bergerak. Kausa output untuk V2L adalah 3.6kW.

Kedua-dua varian EV ini diperkasa motor spesifikasi yang sama. Motor elektriknya disangkut di gandar depan dengan output 70kW (95PS) dengan tork setinggi 160Nm. Kelajuan maksimum yang mampu dicapai adalah 140km/j.

Kabin dan sistem keselamatan Dongfeng Box EV

Di bahagian dalam, EV ini ada skrin inforia sebesar 12.8”. Malangnya tiada sokongan Apple CarPlay ataupun Android Auto buat masa ini. Namun, iam aih bergaya dengan kehadiran sistem pencahayaan RGB 32 warna. Untuk kemudahan, pad pengecas wayarles untuk telefon juga disediakan di bahagian tengah konsol.

Pada segi sistem keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi Advanced Driver Assistance System (ADAS). Namun varian E3 ada ciri ADAS tambahan iaitu Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control, Lane Centering Assist, dan Traffic Sign Recognition.

Kedua-dua varian didatangkan dengan dua beg udara sahaja.

Siapa pesaing Dongfeng Box EV?

Untuk saiz dan output kuasanya, dilihat yang pesaing paling hampir Dongfeng Box EV adalah BYD Dolphin dan pada segi harga Neta V. Ia dengan mudah boleh tapau Neta V untuk harga sekitar RM100,000 kerana ia hadir dengan ciri ADAS lebih canggih.

BYD Dolphin pula ada kelebihan pada segi bateri yang sedikit besar untuk varian termurah (44.9kWh vs. 42.3kWh) dan sistem ADAS Dolphin adalah setara varian premium Dongfeng Box EV walaupun pada varian terendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top