Setelah beberapa ketika hanya utuskan teaser “Don’t Worry, Be Capy”, BYD Malaysia akhirnya mengesahkan yang BYD Atto 2 akan masuki pasaran Malaysia tak lama lagi. Atto 2 dilapor akan dipersembah secara rasmi pada pengguna Malaysia pada 24 Julai 2025 dan sesi pandu uji akan diadakan antara 25 hingga 27 Julai 2025 di Heritage Valley, Kuala Lumpur.
BYD Atto 2 guna maskot Capybara
BTD Malaysia gunakan maskot Capybara dengan nickname Capy untuk mewakili Atto 2. Ia mungkin untuk kaitkan sifat haiwan Capybara yang mesra dan sentiasa masuk dengan semua haiwan, sama seperti Atto 2 yang diposisikan sesuai untuk semua lapisan pengguna sama ada penduduk kota ataupun sebagai EV pertama.
Buat pengetahuan anda, Malaysia adalah pasaran antarabangsa pertama yang ditembusi Atto 2, lebih awal daripada Thailand dan Indonesia.
Spesifikasi teknikal BYD Atto 2
Spesifikasi rasmi BYD Atto 2 masih belum didedahkan pengeluarnya. Walau bagaimanapun, kita boleh rujuk pada model sama yang dijual dalam pasaran Eropah sebagai panduan awal.
BYD e-Platform 3.0 adalah tunjang pada Atto 2. EV ini dikuasakan seunit motor elektrik yang dipasang pada roda hadapan kenderaan. Motor itu menghasilkan kira-kira 174hp (130kW) kuasa dan 290Nm tork. Dengan angka tersebut, Atto 2 boleh dipecut daripada keadaan pegun ke 100km/j dalam tempoh 7.9 saat. Kelajuan maksimum kereta elektrik itu menurut helaian spesifikasi adalah 160 km/j.
Dalam pasaran Eropah, Atto 2 ditawarkan dalam dua konfigurasi kapasiti bateri. Varian dengan konfigurasi bateri lebih rendah dibekalkan tangki bateri sebesar 45.12kWh. Dengan kapasiti bateri yang disebutkan, Atto 2 ada jarak gerak 312km mengikut piawaian WLPT. Varian yang ada bateri paling besar boleh gerak kira-kira 350km berbekalkan bateri sebesar 51.1kWh.
Kedua-dua varian berkongsi sistem mengecas yang sama. Mereka terima arus DC sehingga 65kW untuk isi bateri daripada 10 kepada 80% dalam masa 37 minit. Untuk pengecas AC, ia terima arus sehingga 11kW.
Di bahagian kabin, anda boleh jumpa sistem inforia boleh kilas ikonik kepada BYD bersaiz 12.8”. Lain-lain komponen standard sebuah EV boleh anda temukan seperti kamera keliling 360 darjah, pad pengecas telefon secara wayarles, lampu kabin LED dan segala macam sistem bantu pandu pintar lain.
BYD Atto 2 vs. BYD Atto 3 vs. Proton X50
Dalam keluarga BYD, Atto 2 dilihat dislot masuk antara Atto 3 dengan Dolphin. Namun, ia ada kuasa motor lebih rendah daripada dua saudaranya yang ada 150kW. Ia lantas membayangkan yang BYD mensasarkan kereta ini untuk kegunaan bandar, motor elektrik kurang kuasa ditambah pula dengan kapasiti bateri terhad.
Pada segi dimensi, Atto 2 ada jarak gandar lebih pendek daripada dolphin tapi panjang keseluruhan lebih panjang. Ia juga lebih tinggi mencadangkan ruang kabin lebih lapang terutamanya pada bahagian kepala. Kalau anda tak rujuk saiz fizikal dengan kereta sedia ada, ia sangat mirip kepada Chery Tiggo Cross. 4 lagi model yang ada dimensi sekitar itu adalah seperti Proton X50, Perodua Ativa, dan Honda HR-V.
Berikut adalah perbezaan ukuran BYD Atto 2 dengan beberapa model terpilih.
Pandu uji BYD Atto 2 bermula 25 Julai 2025
Seperti dimaklumkan tadi, pelancaran rasmi BYD Atto 2 akan berlangsung pada 24 Julai 2025. Sesi pandu uji model baharu ini akan diadakan antara 25 hingga 27 Julai 2025 bertempat di Heritage Valley. Selain itu BYD Atto 2, anda juga berpeluang untuk pandu uji model sedia ada seperti Atto 3, Selaion 7, Seal, M6, dan Dolphin.
BYD juga akan menempatkan pegawai perunding untuk bantu anda dapatkan BYD terbaik disamping ada beberapa aktiviti menarik akan dijalankan di sana.
Berapa anggaran harga BYD Atto 2? Dua model terdekatnya iaitu BYD Atto 3 dan Dolphin masing-masing dijual pada harga RM124,000 dan RM100,000. Jadi anda boleh jangkakan harga permulaan sekitar RM110,000 untuk Atto 2.
Sumber: BYD Malaysia