Proton e.MAS 7: EV no.1 Malaysia 3 bulan berturut-turut

EV Proton yang pertama tak teragak-agak untuk bersaing dengan pemain-main besar. Sejurus dilancar, EV ini kekalkan kedudukan sebagai kereta elektrik paling laris dalam tahun 2025 untuk tiga bulan berturut-turut.

Menurut Proton New Energy Technology (Pro-Net), sebanyak 797 tempahan e.MAS 7 sudah dipenuhi dalam bulan Mac sahaja. Ia menjadikan jumlah terkumpul setakat ini untuk Suku 1 2025 adalah 1,853 unit. Untuk rujukan, dalam bulan Januari 2025 sebanyak 421 unit telah dijual sementara 580 unit dijual dalam bulan Februari 2025.

Dengan prestasi memberangsangkan ini, Pro-Net mengunjurkan pegangan pasaran mereka buat masa ini adalah 30% untuk tempatkan mereka di hadapan pesaing-pesaing dalam kategori serupa.

Harga menarik jadikan e.MAS 7 laku keras

Pengguna Malaysia peka harga. Dalam kes e.MAS 7, tanda harga yang kompetetif dilihat pemangkin kepada angka jualan yang tinggi Proton. Kereta elektrik Proton ini dijual dalam dua varian iaitu e.MAS 7 Prime dan e.MAS 7 Premium.

Harga selepas rebat untuk Prime RM105,800 pastinya menarik minat ramai kerana ini adalah antara EV termurah dalam pasaran. Model ini ada jarak gerak WLTP sejauh 345km dengan kapasiti bateri 49.52kWh. Varian Premium pula ada bateri lebih besar 60.22kWh dengan jarak gerak 410km dan harga lebih tinggi pada RM119,800 selepas rebat.

Impak yang kuat e.MAS 7 menyebabkan BYD Atto 3 dan Chery Omoda E5 lakukan resnpons dengan penawaran pemotongan harga.

APP Proton e.MAS yang intuitif jadi penyumbang

Perkara yang menjadikan kereta elektrik Proton unik berbanding pesaingnya adalah pengeluar ini mengintegrasikan ekosistem pengecasan EV ke dalam sistem operasinya sendiri. Ia berikan akses lebih 2.300 stesen pengecas awam, terus dari dalam kereta tanpa perlu pasang aplikasi tambahan.

Sebanyak 1,145 sesi mengecas telah direkodkan menerusi APP Proton e.MAS yang meliputi penyedia perkhidmatan seperti:

  • Gentari
  • JomCharge
  • ChargEV
  • ChargeSini
  • Carput Zap
  • RExcharge
  • Charge+

Tambah menarik, pengguna juga boleh memeriksa status stesen pengecas tersebut dari jauh sama ada port pengecas sedang diguna ataupun tidak. Ia bolehkan pengguna merancang perjalanan dengan efisien. Malahan, Proton sendiri ada rangkaian pengecas yang terdiri daripada 75 unit DC (sehingga 120kW) di outlet pengedar Proton, e.MAS, dan Smart.

Proton e.MAS langkau sempadan Malaysia

Bertitik tolak daripada kejayaan di dalam Malaysia, Proton sudahpun memperluas penjualan e.MAS 7 ke Nepal. Kini, mereka sedang mempersiap untuk menembusi pasaran Trinidad and Tobago.

Dengan momentum penjualan yang kukuh, harga yang kompetitif, dan keuntuhan ekosistem, Proton e.MAS 7 mulakan lembaran mereka dengan langkah kanan sebagai pemain EV yang berkaliber dalam pasaran Malaysia.

Sekiranya ini dikekalkan sepanjang tahun 2025, tak mustahil jenama ini boleh kekalkan kedudukan mereka sebagai jenama EV paling diminati rakyat Malaysia tahun ini.

Meta Description

Proton e.MAS 7 kini EV paling laris di Malaysia dengan 1,853 unit terjual. Ketahui sebab rakyat memilihnya dan apa kelebihan utama model ini.

One thought on “Proton e.MAS 7: EV no.1 Malaysia 3 bulan berturut-turut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top