MG S5 EV 2025 Diperkenalkan di Malaysia – SUV Elektrik Terbaru RM115,000

MG Motor Malaysia melangkah masuk ke pasaran EV negara dengan penuh bergaya melalui pelancaran pratonton eksklusif model MG S5 EV serba baharu, sebuah SUV elektrik segmen-B yang menjanjikan gabungan teknologi, gaya, dan keterjangkauan yang mengujakan. Dengan anggaran harga bermula RM115,000

Reka Bentuk dan Pemanduan Dinamik Bertaraf Global

Dibina khusus untuk menyesuaikan diri dengan keadaan jalan raya di Malaysia, MG S5 EV mengutamakan keseronokan dan ketangkasan pemanduan. Ia hadir dalam dua konfigurasi bateri:

  • 49kWh + motor 125kW (170PS, 250Nm) – jarak sehingga 340km (WLTP)
  • 62.2kWh + motor 125kW (170PS, 250Nm) – jarak sehingga 430km (WLTP)

Menariknya, kedua-dua varian menggunakan pacuan roda belakang (RWD), memberikan sensasi pemanduan yang lebih responsif – sesuatu yang jarang ditemui dalam segmen harga ini.

Ciri Teknologi Terkini, Standard untuk Semua Varian

Tidak seperti banyak pesaingnya, MG S5 EV menawarkan pelbagai ciri premium sebagai standard, antaranya:

  • Pengecasan AC 6.6kW dan fungsi Vehicle-to-Load (V2L)
  • Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar
  • Skrin sentuh kawalan tengah bersaiz 12.8 inci dengan kawalan suara
  • Paparan kluster digital 10.25 inci
  • 7 beg udara dan sistem ADAS (Advanced Driver Assistance System)

Untuk varian bateri lebih besar, pengguna turut menikmati rim aloi 18 inci, bumbung matahari panoramik, pintu belakang berkuasa, tempat duduk kulit berlubang, stereng kulit dengan pemanas, sistem audio 6 pembesar suara, dan kamera 360 darjah.

Reka Bentuk Menawan & Pilihan Warna Menarik

MGS5 EV ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik:

  • Arctic White
  • Monument Silver
  • Camden Grey
  • Dynamic Red
  • Elegant Latte

Gabungan ini disempurnakan dengan rekaan dalaman gelap berasaskan fabrik dan kulit, memberikan aura moden dan premium.

Harga Dijangka dan Kesan kepada Pasaran

Dengan harga permulaan RM115,000 (anggaran MSRP tanpa insurans), MG S5 EV tampil sebagai antara SUV EV paling berbaloi dalam pasaran. Ia bakal mencabar pemain sedia ada khususnya dari aspek reka bentuk, prestasi pemanduan, dan senarai spesifikasi yang menyeluruh.

MG S5 EV bukan sahaja memecahkan tradisi segmen EV mampu milik, malah menampilkan pakej lengkap yang biasanya hanya tersedia dalam model premium. Dengan strategi harga kompetitif, fokus pada keseronokan pemanduan dan teknologi moden, MG kini bersedia mengukir nama semula di hati rakyat Malaysia kali ini, secara elektrik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top