
Ketua keluarga yang perlukan sebuah MPV untuk angkut ramai orang kini ada opsyen baharu. BYD M6 adalah MPV elektrik 7 tempat duduk yang masuki Malaysia pada harga bermula RM109,800. Ia dilihat bersaing dengan model seperti Mitsubishi Xpander, Nissan Serena, dan Toyota Innova.
Dua varian BYD M6 di Malaysia
BYD M6 ditawarkan dalam dua varian dan berikut adalah harga penawarannya:
- BYD M6 Standard – RM109,800
- BYD M6 Extended – RM123,800
4 pilihan warna BYD M6 boleh anda pilih iaitu Crystal White, Ink Stone Blue, Cosmos Black, dan Harbour Grey. Terdapat promosi tempahan awal dijalankan bersempena dengan pelancaran itu. 300 penempah awal varian Extended akan terima Home Charger secara percuma semenatara 100 penempah awal sebarang varian akan terima kredit mengecas daripada Gentari bernilai RM800. Anda boleh lihat BYD M6 secara lebih dekat bila anda lawati Dataran Karnival Stadium Shah Alam pantara 18 hingga 20 Oktober 2024 ini.
Spesifikasi motor dan bateri BYD M6
BYD M6 Extended sebagai yang paling premium diberikan beberapa kelebihan berbanding M6 Standard. Ia ada motor elektrik lebih berkuasa, pada 150kW (210hp) dengan tork setinggi 310Nm. Varian ini memecut ke 100km/j dalam masa 8.6 saat.
Baterinya juga lebih besar pada 71.8kWh untuk berikan jarak gerak 530km (NEDC). Keupayaan mengecas juga adalah lebih baik. Ia terima arus DC pada paras 115kW sementara arus AC pada paras 7kW. Dimaklumkan yang BYD M6 Extended boleh dicas baterinya daripada 10% ke 80% dalam masa 40 minit.
Varian yang lebih murah iaitu M6 Standard, ada motor 120kW (160hp) dengan tork 310Nm. Ia memecut kepada 100km/j dalam masa 10.1s. Kapasiti baterinya lebih kecil pada 55.4kWh untuk diterjemah kepada jarak gerak NEDC yang lebih pendek, pada 420km.
Untuk mengisi bateri, M6 Standard menerima arus DC sehingga 89kW dan AC pada paras 7kW.
Daripada segi dimensi, BYD M6 mempuyai ukuran 4,170mm (panjang) x 1,810mm (lebar) x 1,690mm (tinggi) beserta jarak gambar 2,800mm. Ukuran ini sedikit kecil berbanding Toyota Innova dan Nissan Serena. Walau bagaimanapun, ruang dalamnya agak lengang mungkin disebabkan bahagian lantai yang rata.
Bahagian kabin BYD M6
BYD M6 adalah sekuel kepada BYD e6 dengan beberapa naik taraf. Paling menarik, ia ada skrin 12.8” boleh pusing seperti yang anda temukan pada semua model BYD sedia ada dalam pasaran Malaysia. SIstem inforia ini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Beberapa ciri menarik yang boleh anda temukan adalah seperti:
- Kerusi depan berpenghawa dingin dan motor elektrik (Extended sahaja)
- Pengecas wayarles 15W untuk telefon (Extended sahaja)
- Sunroof (Extended sahaja)
- V2L untuk guna bateri kereta sebagai powerbank
- NFC Digital Key yang sokong Apple Watch, telefon Apple dan Android
Ciri keselamatan BYD M6
BYD M6 sebagai sebuah EV dilengkapi macam-macam ciri bantu pandu aktif mahupun pasif. Kedua-dua varian datang dengan 6 beg udara dan juga sistem penstabil kenderaan beserta traction control. Walau bagaimanapun, varian Extended menerima beberapa ciri tambahan pada ADAS iaitu:
- Adaptive Cruise Control
- Automatic Emergency Braking
- Predictive Collision Warning
- Door Open Warning
Varian Standard hanya nikmati cruise control biasa sahaja.
Anda boleh layari laman rasmi BYD M6 Malaysia untuk maklumat lanju.
