Tesla telah adakah majlis We, Robot yang bertempat di Studio Waner Bros., California dengan CEO Elon Musk mengepalai pembentangan. Intipati utama yang dikongsikan adalah pengenalan konsep Cybercab yang terdiri daripada Robovan dan Robotaxi sebagai kaedah pengangkut penumpang yang lebih cekap kos dan lebih selamat.
Cybercab terdiri daripada Robovan dan Robotaxi
Robovan adalah bas elektrik yang direka untuk mengangkut manusia dan kargo.
Ia boleh menempatkan 20 orang penumpang pada satu-satu masa dan katanya sesuai untuk angkut kumpulan yang besar seperti pasukan bola sepak. Selain pemanduan berautonomi, ia Elon Musk juga katakan yang kos pengangkutan boleh turun separuh berbanding sekarang kepada USD0.05 hingga USD0.10 sen.
Walau bagaimanapun ia masih lagi berada dalam fasa konsep sebaliknya rekaannya dikatakan menghampiri rekaan sebenar.
Untuk solusi pengangkutan yang lebih peribadi, Tesla turut memperkenalkan Robotaxi. Ia dibina berasaskan Tesla Model Y dengan steren dan pedal kawalan telah dibuang untuk memenuhi keperluan autonominya.

Kedua-dua pengangkut ini adalah sebahagian daripada rangkaian pengangkutan AI Tesla Network.
Tiada maklumat yang konkrit dikongsikan Elon tentang Robotaxi. Antarangka yang keluar daripada mulutnya adalah ia akan mula tular atas jalan raya selewat-lewatnya 2024. Selain itu, harganya disasarkan berada bawah USD30,000 (~RM128,000) dan mempunyai pengecasan wayarles untuk mengecas bateri kareta.
Berdasarkan rekod Elon Musk dengan Tesla Cybertruck, anda bolehlah ambil pendekatan “dengar boleh, percaya jangan”.
Robot Optimus beri pengalaman ala C3PO/R2-D2 di ruang tamu
Selain daripada solusi pengangkutan, Tesla turut mengumumkan Optimus, robot pembantu seperti inspirasi C3PO dan R2-D2 filem Star Wars.
Ia disifatkan sebagai robot yang boleh jalankan pelbagai tugasan harian seperti membersih, siram pokok, main bersama dan banyak lagi. Robot ini menggunakan teknologi AI sama seperit yang diguna pakai kenderaan berutonomi Tesla untuk berikannya keupayaan menaakul dan melakukan aktiviti seperti manusia.
Elon Musk menganggarkan Optimus dijual pada harga bawah USD30,000 (~RM120,000) dan dia membayangkan setiap rumah akan miliki sebuah robot ini untuk bantu manusia menyelesaikan tugasan sehari-hari.
Sewaktu majlis We, Robot, sejumlah Optimus disediakan untuk berinteraksi dengan tetamu yang hadir. Namun, Optimus tidaklah robot berautonomi seperti yang disangka. Ia sebenarnya dikawal oleh operaotr di satu kawasan lain. Nampaknya, ia masih juga berada dalam fasa konsep seperti dua kenderaan pengangkut tadi.Sumber: Tesla
