Hyundai Ioniq 5 N nak masuk Malaysia pada harga bawah RM400k?

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melakukan kejutan di acara Sime Darby Motors Automania 2024 apabila mereka mempamerkan sebuah Hyundai Ioniq 5 N. Ia diikuti pula dengan pengaktifkan laman pendaftaran minat terhadap EV berprestasi tinggi ini. Adakah semua ini petunjuk bahawa versi performance Hyundai Ioniq 5 akan masuki Malaysia tak lama lagi?

Hyundai N|The all-new IONIQ 5 N World Premiere

Terdapat cakap-cakap dalam industri yang katakan kereta ini akan menerima tanda harga bawah RM400,000. Ia tidak mustahil kerana di Indonesia, Ioniq 5 N ditawarkan pada harga bermula IDR 782 juta (~RM226 ribu) hingga IDR 990 juta (~RM286 ribu) untuk edisi istimewa Batik.

Hyundai Ioniq 5 N hothatch elektrik 641hp, 770Nm tork

Hyundai Ioniq 5 N memiliki sedikit perbezaan daripada segi fizikaliti berbanding Ioniq 5 biasa yang sedia boleh dibeli dalam pasaran Malaysia. Badannya lebih lebar dan panel depan serta belakangnya dibentuk untuk lebih aerodinamik. Bahagian dalam juga dilengkapi banyak komponen-komponen berlencana N daripada Hyundai seperti stering dan kerusi bucket.

Pada segi prestasi, Ioniq 5 N adalah EV AWD dengan output motor setinggi 448kW (600hp) serta tork pada paras 770Nm. Walau bagaimanpun, ada mode khas yang diberi nama N Grin Boost yang berikannya boost selama 10 saat apabila motor bekerja lebih kuat untuk keluarkan 478kW (641hp) dan 770Nm tork untuk bawanya pecut daripada 0 ke 100km/j dalam masa 3.3 saat.

Hyundai Ioniq 5 N ada sistem bateri 800V berkapasiti 84kWh. Ia dilapor miliki jarak perjalanan sejauh 448km (WLTP). Bila perlu diisi semula, portny aboleh terima arus DC pada paras 350kW dan 10 hingga 80% hambil masa cuma 18 minit sahaja.

2025 Hyundai IONIQ 5 N: Electric SUV | Hyundai Canada

Selain itu, Ioniq 5 N ada ciri unik berbanding versi biasa pada segi kehadiran beberapa mode yang mengkhususkan pada pemanduan laju. Antaranya adalah:

  • N Pedal – tawarkan tahap kepekaan throttle tinggi untuk kawalan pemecut lebih responsif
  • N Drift Optimiser – kekalkan sudut drift yang sesuai supaya pemandu berada dalam kedaan selamat
  • N Torque Distribution – mengawal tork yang dikeluarkan motor depan dan belakang dalam 11 tahap
  • N Launch Control – pastikan pecutan di garisan mula sempurna sentiasa
  • N Battery Pre-conditioning – kawal selia suhu bateri untuk disuaikan dengan keadaan memandu sama ada lumba ataupun drag
  • N Brake Regen – berikan kekuatan brek sehingga 0.6G untuk perlahankan kenderaan secepat mungkin
  • N e-Shit – meniru perasaan penuakaran gear seperti kekotak 8 DCT
  • N Active Sound+ – gunakan 10 speaker untuk jana bunyi deruan enjin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top