Harga Proton eMAS7 Lebih Murah Daripada BYD Iaitu RM120,000
Proton e.MAS 7 telah pun dibuka tempahan untuk memilikinya. Walau bagaimanapun, harga sebenarnya masih belum didedahkan kecuali ia dianggarkan berharga sekitar RM120,000. EV pertama Proton ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Disember 2024 ini. Setakat maklumat yang dikongsikan Proton, e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu Proton e.MAS 7 Prime dan Proton e.MAS 7 Premium….
