Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 yang akan disambut pada 31 Ogos ini, Tidak ketinggalan Proton juga akan menyertai perarakan itu dengan kemunculan kereta EV pertama mereka iaitu Proton eMAS 7. Ini merupakan penampilan awam yang pertama dibuat bagi menunjukkan kenderaan yang akan mewarnai jalan raya pada tahun 2025 akan datang.
Penampilan ini juga sedikit berlainan yang mana kenderaan ini masih belum rasmi untuk di pertontonkan kepada umum secara sepenuhnya, Proton eMAS 7 akan disaluti dengan penyamaran khas iaitu warna-warna jalur gemilang.
Bagi pengetahuan anda Proton eMAS 7 akan dilancarkan secara rasmi pada bulan disember 2024, sementara itu marilah kita lihat perarakan yang penuh bermakna yang bakal diadakan di Putrajaya nanti.

One thought on “Perarakan Merdeka Akan Disertai Proton eMAS 7”