Xpeng kini mula memasuki ke pasaran Malaysia setelah lama dikatakan minat syarikat itu membawa kenderaan elektrik mereka disini. Sebuah syarikat yang berasaskan dari China dan mendapat penerimaan yang baik dari sana dengan peningkatan jualan lebih 26% tahun ini.

Hari ini mereka telah melancarkan secara rasmi Xpeng G6, kereta ini sememangnya mempunyai rekaan yang menarik untuk sebuah SUV tambahan lagi apabila ia membawakan rekaan Sport Coupe yang tinggi pada masa yang sama memberi ruang yang selesa.
Di Malaysia Xpeng menawarkan dua variasi iaitu Xpeng G6 580 Pro dan Xpeng G6 755 Pro. Kedua-dua variasi ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama sahaja seperti interior yang boleh dipilih samada berwarna hitam atau putih, skrin dalaman untuk mengawal kereta, luaran anda boleh memilih 5 pilihan warna yang sama dan saiz rim 20 inci.

Membezakan antara kedua-dua model adalah spesifikasi bateri dan motor yang digunakan. Xpeng 755 mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar 87.5kWh sejenis NMC boleh berjalan jarak 570km WLTP. Motor tunggal berkuasa 270kW dengan torq 440Nm yang boleh memecut 0-100kmj dalam masa 6.2 saat, Top speed pula adalah 200kmj sahaja cukup pantas untuk sebuah SUV.
Xpeng 580 pula mempunyai bateri yang sedikit kecil 66kWh sejenis LFP boleh bergerak sehingga 435km WLTP. Motor tunggal 190kW mengekalkan 440Nm yang boleh memecut 0-100kmj dalam masa 6.6 saat.

Kelajuan masa mengecas DC adalah sama 10%-80% mengambil masa 20 minit sahaja namun tahap penerimaan cas sedikit berbeza. Xpeng G6 580 mempunyai kemampuan menerima 210kW, manakala Xpeng G6 755 adalah 280kW. AC charging pula kedua-duanya mampu mengecas dengan kelajuan 11kW atau 3 Phase Charging.
Harga kereta ini bermula pada RM165,000 untuk model Xpeng G6 580 dan RM185,000 bagi model Xpeng G6 755. Anda boleh datang ke showroom mereka yang bertapak di Glenmarie.
