Bagi anda yang sedang mencari kereta EV jenama Tesla tetapi mahukan ruang yang lebih besar, ini adalah masa yang terbaik.
Tesla Model Y Performance merupakan spesifikasi paling premium/mahal untuk jenama ini dan dijual pada harga RM280,000. Baru-baru ini mereka telah menawarkan kenderaan ini dengan harga yang cukup menarik

Hari ini, Tesla telah menawarkan harga RM249,400 Diskaun berjumlah RM30,600 untuk sebuah kenderaan baharu

Tetapi hanya model Performance sahaja yang menerima diskaun, model yang lain seperti Rear Wheel Drive dan Long Range masih lagi ditawarkan pada harga yang sama.
Harga seperti ini anda akan dapat merasai pecutan 0-100kmj dalam masa 3.7 saat sahaja dan Top Speed yang mencapai 250kmj. Dengan kelajuan ini, ia mampu mengalahkan kereta sport seperti BMW M340i ataupun Mercedes A35 dari segi pecutan walaupun Tesla Model Y Performance adalah kategori SUV.
Bagi kami kereta ini sememangnya sebuah kenderaan SUV yang praktikal, bonet yang luas 854L dan depan 117L, jarak perjalanan pula 514km. Sebagai contoh jarak perjalanan KL ke Kuala Terengganu sekitar 430km.
Terdapat konfigurasi lain juga seperti warna Biru, Merah, Hitam mahupun Silver termasuklah pilihan warna tempat duduk yang berasaskan vegan leather dengan tambahan harga.
