Proton e.MAS 7 rasmi di Malaysia, harga bermula RM105,800

Tanggal 16 Disember 2024, Proton telah secara rasminya melancarkan e.MAS 7. Ia EV pertama daripada jenama itu hasil kerjasama Proton dengan induknya, Geely. Setelah sekian lama berada disebalik pelekat dan embargo, kita dapat lihat rupa sebenarnya dan berapakah harga jualan Proton e.MAS 7 di Malaysia

Harga Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM109,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM123,800

Dalam waktu terhad, 3000 tempahan pertama akan dapat harga diskaun seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM105,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM119,800

Pada harga sebegitu, inilah dia SUV elektrik termurah di Malaysia selepas MG ZS EV. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan SUV elektrik pada harga sekitarnya.

  • BYD Atto 3 – RM149,800
  • Chery Omoda E5 – RM146,800
  • GAC Aion Y Plus – RM119,800 (Elite), RM135,800 (Premium)
  • Leapmotor C10 – RM159,000
  • MG ZS EV – RM99,999
  • Tesla Model Y – RM191,000 (RWD), RM238,000 (LR), RM280,000 (Performance)
  • Xpeng G6 – RM165,820 (580 Pro), RM185,820 (755 Pro)

Proton e.MAS 7 dilindungi jaminan tanpa had perbatuan selama 6 tahun lamanya. Komponen bateri bervoltan tinggi dan komponen yang berkaitan dengannya dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km.

Antara pakej menarik yang ditawarkan bersama-sama setiap pembelian Proton e.MAS 7 adalah seperti:

  • Power Home – Percuma Home Charger 7kW (RM1,500)
  • Power Plus – Adapter V2L (RM500)
  • Power Financing – Kadar faedah serendah 1.98% (RM3,000)
  • Power Online – Kuota Internet tanpa had 5 tahun (RM1,800)
  • Power Exchange – Tukar beli kereta Proton untuk dapat sehingga RM1,200

Spesifikasi Proton e.MAS 7

Proton e.MAS 7 adalah sebuah SUV elektrik dalam segmen C atas ataupun awal D.

Saiz fizikalnya lebih besar daripada BYD Atto 3. Sebagai perbandingan, berikut adalah beza dimensi Proton e.MAS 7 dengan pesaing lain yang ada sekitar harga dengannya.

Daripada segi motor dan bateri, kedua-dua varian Proton e.MAS 7 Prime dan Premium diperkasa motor elektrik yang sama. Mereka digerakkan motor yang keluarkan kuasa 160kW dengan tork setingga 320Nm. Ia gerakkan kenderaan ini ke 100km/j dalam masa 6.9s. Kelajuan maksimumnya dilaporkan pada paras 175km/j.

Motor ini mengambil kuasa daripada sistem bateri berteknologi Aegis Short Blade LFP. Sedang motor elektrik adalah sama merentasi varian, kapasiti baterinya adalah berbeza antara satu sama lain.

Varian Prime diberikan bateri 49.52kWh yang diterjemah kepada jarak gerak 345km (WLTP). Varian yang lebih mahal, Premium, ada bateri 60.22kWh untuk bawanya sejauh 410km (WLTP). Sistem mengecas juga ada perbezaan.

Varian yang lebih mahal nikmati input DC lebih tinggi, pada paras 100kW berbanding 80kW pada varian lebih murah. Namun, kedua-duanya ada input AC 11kW yang sama. Dua lagi ciri menarik Proton e.MAS 7 adalah ciri V2L 3.3kW dan V2V sehingga 6kW yang jarang-jarang ada pada sebuah EV.

Proton e.MAS 7 Premium ada kelebihan pada segi tayar yang lebih besar 19”. Sistem audionya terdiri daripada 16 unit speaker dan ada speaker di tempat letak kepala penumpang depan dan akhir sekali sunroof untuk anda nikmati pemandangan langit.Anda boleh layari laman Proton e.MAS Cars untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top