Geely EX5 dilancarkan di Thailand menandakan kehadiran model ini dalam pasaran Asia Tenggara. Buat makluman anda, Geely EX5 adalah kembar kepada Proton e.MAS 7 yang akan dilancarkan di Malaysia dalam bulan Disember 2024 nanti. Satu perkara menarik tentang EX5 Thailand ini adalah ia akan diedarkan oleh Thonburi Panich Group bagi pihak Geely tak seperti jenama seperti Zeekr dan Riddara yang diedarkan sendiri oleh Geely.
Harga Geely EX5 di Thailand
Geeky EX5 ditawarkan di Thailand dalam dua varian dan harganya seperti berikut:
- EX5 PRO: THB 899,000 (~RM116,000)
- EX5 MAX: THB 989,000 (~RM128,000)

Dalam tempoh terhad, 1,084 unit Geely EX5 ditawarkan pada harga promo seperti berikut:
- EX5 PRO: THB 859,000 (~RM111,000)
- EX5 MAX: THB 949,000 (~RM123,000)
Dua varian Geely EX5 di Thailand
Di Thailand, Geely EX5 walaupun ditawarkan dalam dua varian, kelengkapan motor dan baterinya adalah sama. Kedua-dua varian ada motor 160kW dengan tork 320Nm serta bateri berkapasiti 60.22kWh.
Ia berbeza dengan penawaran di Malaysia. Di tempat kita, e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime dan Premium. Walaupun ada motor elektrik yang sama, varian Prime ada bateri lebih kecil 49.52kWh sementara Premium ada bateri 60.22kWh.
Geely EX5 Max mempunyai pecutan ke 100km/j lebih perlahan kerana dikhabarkan lebih berat. Ia lakukannya dalam masa 7.1s berbanding EX5 Pro yang ambil masa 6.9s. Namun, kedua-duanya ada kelajuan maksimum 175km/j.
Apabila perlu dicas, Geely EX5 menyokong input DC 100kW dan AC 11kW. Ia juga ada fungsi V2L pada paras 3.3kW.
Beza 2 varian Geely EX5 Thailand
Geely EX5 Pro ada ciri-ciri asas seperti sistem inforia 15.4” dengan CarPlay. Kerusi penumpangnya pula ada fungsi mengurut dan pengudaraan disamping kemudahan pengecasan telefon secara wayarles dengan output 50W. Pada segi keselamatan, kereta ini ada kamera keliling dan 6 unit beg udara disamping semua ciri bantu pandu aktif ADAS.
EX5 Max pula ada semua yang Pro ada dengan pertambahan seperti sunroof, pencahayaan kabin RGB dan sistem audio lebih baik.
