Pengguna Malaysia pilih EV berbanding petrol, ini datanya

Pendaftaran dua sedan elektrik paling popular di Malaysia iaitu BYD Seal dan Tesla Model 3 didapati telahpun melangkaui pendaftaran dua sedan petrol yang dilihat sebagai pesaing seperti BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class. Data telah dihimpunkan daripada JPJ.

Setakat Ogos 2024, sebanyak 2,267 BYD Seal dan 1,978 Tesla Model 3 telah didaftarkan. Ia menjadikan jumlah terkumpul kedua-dua model itu sebanyak 4,245. Untuk pesaing petrol, BMW 3 Series dan Merces-Benz C-Class, masing-masing sebanyak 1,953 dan 1,684 telah berdaftar ataupun diterjemah kepada sejumlah 3,637 ataupun 600 unit lebuh rendah berbanding dua model EV tadi.

Pengguna Malaysia agnostik jenama

BMW dan Mercedes-Benz telah lama menjadi simbol kejayaan kepada orang yang memilikinya di Malaysia. Nampaknya norma itu telah berubah apabila orang dah tak melihat pada jenama. Tapi kenapa BMW 3 Series, Mercedes-Benza C-Class, BYD Seal, dan Tesla Model 3 dilagakan antara satu sama lain.

Yang pertama adalah mereka berada dalam kategori sedan, cuma berlainan unit jana kuasa. Satu menggunakan enjin petrol dan satu lagi mengguna pakai motor elektrik. Kemudian, BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class adalah kategori sedan termurah untuk jenama masing-masing, walaupun tidaklah nampak murah bila anda lihat angkanya.

Misalnya, BMW 320i Sedan ditawarkan pada RM283,800 sementara Mercedes-Benz C 200 Avantgarde (CKD) pada harga RM296,598. Perkara ini mungkin menyebabkan peminat prestasi yang agnostik jenama berpaling kepada altenatif lain, EV misalnya untuk beroleh pengalaman memandu laju pada harga lebih rendah.

BMW 320i Sedan untuk rujukan anda, ditunjangi enjin 4 silinder beroutput 184hp dan 300Nm. 7.4s diambil untuk pecut ke 100km/j. Mercedes-Benz C200 Avantgarde pula ada angka 201hp, 300Nm dan pecutan ke 100km/j sepantas 7.3s.

BYD Seal & Tesla Model 3 tawar kelajuan pada harga lebih rendah

BYD Seal dan Tesla Model 3 mereka boleh tawarkan spesifkasi lebih baik daripada itu pada harga sehingga RM100,000 lebih murah. Misalnya, BYD Seal Performance yang ditawarkan pada harga RM199,800 tawarkan 523hp dengan tork setinggi 670Nm dengan pecutan ke 100km/j sepatas 3.8s.

Untuk spesifikasi yang sama seperti pesaing petrolnya, Tesla Model 3 hanya perlu hantar varian RWD sahaja yang berharga RM189,000. Ia boleh pecut ke 100km/j dalam masa 6.1s dengan kelajuan maksimum ~200km/j.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top