BYD Malaysia ikrar khidmat aftersales mantap untuk 5 bahagian Kereta EV

Sime Motors selaku pengedar rasmi EV berjenama BYD di Malaysia mengumumkan komitmen mereka dalam memantapkan servis selepas jualan mereka. Berikut mereka senaraikan usaha yang mereka sedang jalankan di 5 bahagian ini.

1. Peluasan rangkaian selepas jualan

Sime Motors kini mengoperasikan 21 pusat servis di seluruh Malaysia. Lokasi-lokasi ini telah dipilih secara strategik termasuklah di Sabah dan Sarawak. 17 daripada lokasi itu menawarkan perkhidmatan Body & Paint.

2. Kemudahan lengkap dengan peralatan canggih

Bagi mengoptimumkan operasi, pusat-pusat servis dan baik pulah dilengkapi peralatan-peralatan moden serba canggih.

Parts Distribution Centre (PDC) menggunakan sistem komputer untuk memastikan alat-alat ganti sentiasa ada, lantas meminiumkan downtime pada pihak pengguna. Ruang Pemeriksaan Prapenghantaran (PDI) yang ada sistem parking mekanikal juga ada. Di sini, setiap unit kenderaan akan menjalani pemeriksaan sebelum dihantar kepada pemilik.

3. Juruteknik EV berpengalaman

Selain dariapda peralatan moden dan canggih untuk penyelenggaraan EV, juruteknik yang menyentuh EV BYD yang masuki pintu depan pusat servis Sime Motors adalah daripada yang terlatih dan berpengalaman. Mereka mempunyai tauliah untuk menyelenggara unit bateri bervoltan tinggi BYD untuk pastikan keselamatan pemandu terjamin.

4. Jaminan dan bantuan kecemasan

Sime Motor tawarkan jaminan komprehensif untuk EV BYD yang dijual di Malaysia. Jaminan standard adalah seperti:

  • 6 tahun / 150,000km untuk badan kenderaan
  • 8 tahun / 160,000km untuk bateri (penggantian kalau SOH < 70%)
  • 8 tahun / 160,000km untuk unit pemacu

BYD Customer Care Line juga bersiap sedia 24/7 untuk berikan bantuan kecemasan sekirala perlu.

5. Pakej servis yang fleksibel

Pelanggan ada pilihan sama ada untuk memilih pakej selenggara 3 tahun, 6 tahun, atauapun 8 tahun. Sepanjang langganan pakej selenggara aktif, Sime Motors akan berikan pelindungan daripada kesan inflasi terhadap kenaikan harga alat ganti ataupun perkhidmatan.

Menariknya, pakej servis juga boleh dikombo ke dalam kemudahan kewangan sewaktu pembelian EV BYD dilakukan.Anda boleh layari laman rasmi BYD Malaysia untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top