Proton telah melancarkan pengedar pertama yang khusus untuk Proton eMAS 7 sebuah model kenderaan elektrik (EV), di bawah pengawasan PRO-NET. Pengedar ini, SG Cars Sdn Bhd, terletak di IDCC Shah Alam, dan pelancaran ini menunjukkan Proton serius dalam memasarkan kenderaan elektrik di Malaysia.
Fokus Khusus pada EV
Pengedar ini akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kenderaan elektrik. Staf yang bertugas telah dilatih secara khusus untuk memberikan penerangan tentang ciri-ciri baharu EV seperti Proton eMAS 7, termasuk penggunaan platform EV yang serba baru ini. Selain itu, mereka juga akan membantu mendidik pelanggan tentang amalan terbaik untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup menggunakan kenderaan elektrik seperti penggunaan pengecas AC dan juga DC turut dipamerkan serta diajar masa yang sesuai untuk cas penuh atau cas pada 80% sahaja.

Kemudahan Servis Lengkap
Selain menjadi pusat jualan, pengedar ini juga dilengkapi dengan pusat servis yang direka khusus untuk kenderaan elektrik. Ia mampu menjalankan pelbagai jenis kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang diperlukan untuk memastikan Proton eMAS 7 dan model EV lain sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Kemudahan ini bertujuan untuk memberikan ketenangan kepada pemilik EV Proton, mengetahui bahawa kenderaan mereka akan diselenggara oleh pakar yang terlatih.
Rangkaian Pengedar di Seluruh Negara
Proton juga mengumumkan rancangan untuk membuka 30 pengedar di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2024. Dengan sasaran untuk membuka 37 pengedar dimasa akan datang, Proton berusaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik di negara ini. Langkah ini diharapkan dapat memudahkan pelanggan untuk mendapatkan akses kepada produk dan perkhidmatan berkaitan EV, tidak kira di mana mereka berada.
Menyokong Peralihan ke Mobiliti Hijau
Dengan pelancaran pengedar khusus ini, Proton menunjukkan komitmennya untuk menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti hijau. Usaha ini bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk beralih ke kenderaan elektrik, tetapi juga membantu meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang manfaat teknologi hijau.
Dengan inisiatif ini, Proton sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri automotif Malaysia, sambil memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih lestari untuk negara.
