BYD Panggil Semula 96K Kereta di China Tetapi Malaysia Berkecuali

BYD telah memanggil semula hampir 100 ribu kenderaan keluaran mereka dalam pasaran China disebabkan risiko kebakaran dek ralat dalam pengeluaran. Panggilan semula itu melibatkan 96,714 unit kombinasi BYD Dolphin dan BYD Yuan Plus (dikenali sebagai Atto 3 di pasaran global) telah pun digerakkan seawal 30 September 2024 tempoh hari. Insiden ini lantas menjadi panggilan semula terbesar dalam sejarah jenama itu.

Sebab khusus panggilan semula BYD Dolphin dan Yuan Plus

Risiko kebakaran dikesan daripada mikropengawal Column-Assist Electric Power Steering (CEPS). Sewaktu proses pengeluaran, pelindung komponen itu mungkin menjejaskan beberapa kapasitor papan litar yang menyebabkan keretakan mikro. Seiring dengan masa, keretakan ini akan menjadi semakin teruk dan boleh menyebabkan litar pintas dan seterusnya kebakaran.

Solusi BYD untuk baiki CEPS

Untuk menyelesaikan isu tersebut, BYD akan memasang pad penebat pada CEPS yang terlibat secara percuma. Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat, WeChat, dan juga panggilan telefon. BYD juga mewujudkan satu hotline untuk menjawab segala macam pertanyaan berkenaan aktiviti panggilan semula ini.

Adakah BYD Atto 3 dan Dolphin di Malaysia terlibat?

Sime Darby Motors selaku pengedar tunggal EV berjenama BYD di Malaysia telah menerbitkan kenyataan mendia tentang isu ini. Mereka memaklumkan bahawa EV BYD di Malaysia tidak terjejas dengan aktiviti ini.

https://www.facebook.com/BYDCarsMalaysia/posts/513370471531170?ref=embed_post

Pengedar BYD dalam negara Fillipina juga mengumumkan EV BYD pasaran mereka tidak terlibat sementara pengedar BYD di Australia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

[CarNewsChina.com]Meta Description: BYD panggil semula 96K EV di China akibat risiko kebakaran, melibatkan Dolphin dan Yuan Plus. Adakah model Atto 3 di Malaysia terjejas? Ketahui lebih lanjut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top