Volvo EX30 di Malaysia: Ini EV jenama Sweden termurah boleh anda dapatkan

Arena EV Malaysia telah menerima satu ahli baru, kali ini daripada Volvo. Jenama Sweden Sweden itu dah lancarkan sebuah EV kompak, Volvo EX30. Ia adalah SUV elektrik terkecil Volvo dan ia dijual pada harga bermula RM188,888. EV ini dibangunkan menggunakan asas Sustainable Experience Architecture (SEA) dan pada segi hirarki, ia ada bawah XC40 dan C40.

Harga Volvo EX30 di Malaysia

Volvo EX30 dalam pasaran Malaysia ada tiga varian semuanya. Berikut adalah harganya:

  • Volvo EX30 Plus – RM188,888
  • Volvo EX30 Ultra – RM208,888
  • Volvo EX30 Ultra Twin Performance – RM228,888

Semua harga yang disenaraikan ini adalah harga OTR tanpa insurans. Setiap unit Volvo EX30 dilindungi jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Kelengkapan bateri EV ini dilindiungi jamina 8 tahun serta pembeli akan terima langganan Volvo Service Plan selama 5 tahun termasuklah roadside assistance 24/7.

Prestasi dan jarak gerak Volvo EX30

Semua varian Volvo EX30 ada kapasiti bateri yang sama iaitu 68kWh jenis nickel manganese cobalt (NMC). Ia diiklan mempunyai jarak gerak sehingga 476km. Varian Plus dan Ultra mereka digerakkan satu motor elektrik yang terletak di gandar depan. Motor itu keluarkan kuasa pada paras 276PS dengan tork setinggi 343Nm. Pecutan daripada 0 ke 100km/j mengambil masa 5.3 saat.

Varian paling premium, Ultra Twin Performance, ada satu motor elektrik tambahan di gandar belakang untuk jadikannya EV pacuan semua ruda. Output keseluruhan sistem motor elektrik ini adalah pada 428PS dengan tork 543Nm. Ia mampu pecut ke 100km/j dalam masa 3.6 saat sahaja untuk jadikannya antara EV bawah RM200,000 paling pantas pecutannya.

Kesemua varian dihadkan kelajuannya pada 180km/j.

Apabila bateri perlu diisi, Volvo EX30 ada sistem OBC yang terima arus AC pada paras 11kW dan di stesen DC, ia boleh terima arus sehingga 150kW. Dikatakan yang mengecas daripada 10% kepada 80% mengambil masa 28 minit.

Dimensi luar dan keadaan kabin Volvo EX30

Volvo EX30 mempunyai dimensi sekitar Perodua Ativa, Honda WR-V, BYD Atto 3, dan yang seangkatan dengannya. Ia ada jarak gandar 2,650mm dan ukuran panjang 4,223mm, lebar 1,837mm, dan tinggi 1,555mm. Ciri ikonik lampu tukul Thor juga hadir pada model ini.

Di bahagian dalam, kemasan yang diberikan adalah ringkas. Ia ada satu skrin tengah 12.3 untuk inforia dan paparkan semua maklumat pemanduan. Tiada sebarang paparan odometer di hadapan roda stereng diberikan. Mujurlah sistem inforia Volvo EX30 menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Anda boleh layari laman rasmi Volvo EX30 Malaysia untuk maklumat lanjut.

Pandu uji Volvo EX30 di KL Base, Sungai Besi

Buat yang berminat untuk melihat lebih dekat Volvo EX30 ataupun memandu ujinya, Volvo sedang adakan sesi pandu uji antara 26 hingga 29 September 2024 di KL Base, Sungai Besi. Anda boleh tanyakan semua yang anda ingin tahu tentang EV ini kepada pihak Volvo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top