Sime Darby Beyond Auto di Sime Darby Automania 2024 telah mengumumkan BYD Seal Dynamic RWD yang merupakan varian ketiga sedan elektrik itu di Malaysia selepas Premium RWD dan Performance AWD. Varian terbaharu ini adalah yang termurah dalam siri itu lantas menjadi sedan elektrik termurah di Malaysia pada harga RM163,800.
Sebanyak dua warna ditawarkan untuk varian Dynamic ini iaitu Cosmos Black dan Aurora White. Setiap unit kenderaan ini dilindungi jaminan selama 6 tahun/150,000. Komponen bateri bervoltan tinggi dan sistem motor elektrik pula dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km.
BYD Seal Dynamic RWD dilengkapi motor elektrik yang sama dengan BYD Atto 3 dan Dolpin. Ia ditambat di gandar belakang dan output kuasanya adalah 150kW (201hp) dengan tork pada paras 310Nm. Sebagai perbandungan, varian Premium ada 230kW/360Nm sementara varian Performance ada 390kW/670Nm. Motor elektrik BYD Seal Dynamic RWD ini boleh bawanya pecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 7.5 saat.
Selain daripada kuasa motor elektrik yang lebih rendah, kapasiti baterinya adalah yang paling kecil. Sistem bateri yang bekalkan tenaga pada motor elektrik EV ini ada kapasiti sebanyak 61.4kWh dengan jarak perjalanan 460km.
Pada segi kelengkapan lain, aksesori yang diterima varian Dynamic adalah sama sahaja seperti dua varian yang lebih mahal terutamanya pada skrin inforia 15.6” boleh putar dan juga skrin odometer sebesar 10.25. Sistem audio juga masih sama iaitu sistem Dynaudio 12 speaker. Cara untuk bezakan varian termurah adalah saiz roda yang lebih kecil pada 18” berbanding 19” pada dua varian lebih tinggi.
Ini adalah spesifikasi BYD Seal Dynamic yang ditawarkan dalam Malaysia



Motor Elektrik
- Single – Motor RWD
- Kuasa Motor 150kW
- 210hp
- 310Nm Torque
- 0-100KMJ dalam masa 7.5 Saat
- Regen Brake separa penuh (tidak boleh berhenti)
Bateri Modul
- Kapasiti 61.44kWh
- Sejenis LFP
- Struktur CTB
Charging
- Max 110kW
- 30-80% dalam masa 30 minit
- Menyokong V2L
- AC Charging 7kW
Jarak Perjalanan
- 510km NEDC
Interior Dalaman
- Kerusi dengan Foux Leather
- Ventilated dan Heated seat
- Skrin Info 15.6″
- Digital cluster 10.25″
- 12 Speaker DynAudio
- Moonroof
- Kamera 360 Darjah
- ADAS
- Bonet belakang 400L & depan 50L
Dengan penawaran BYD Seal Dynamic yang baru ini akan membuka banyak lagi peluang golongan yang ingin mula merasai penawaran daripada sebuah kereta elektrik yang sporty seperti ini.
