Proton eMas 7 Mula Diuji di Jalan Raya Malaysia

Proton eMas 7 iaitu kenderaan elektrik (EV) pertama Proton telah mula menjalani ujian di jalan raya awam di Malaysia. Kereta ini telah dilihat di Lebuhraya Karak oleh seorang pengguna di platform X, @Avionalytics.

Proton eMas 7 merupakan usahasama dengan Geely dalam menghasilkan Galaxy E5 yang dilancarkan di China pada Mei 2023. Kedua-dua model ini direka untuk pasaran global, dengan kemampuan memandu kiri dan kanan.

Proton eMas 7 dibina menggunakan Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) dengan struktur khas yang dikenali sebagai cell-to-body (CTB), di mana bateri menjadi sebahagian daripada struktur kereta.

eMas 7 juga mempunyai pacuan roda hadapan dengan motor yang dipasang di hadapan, menghasilkan 218 PS dan 320 Nm tork. Ia boleh mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 180 km/j.

Terdapat dua saiz bateri yang ditawarkan 49.52 kWh (jarak pemanduan sehingga 440 km) dan 60.22 kWh (jarak pemanduan sehingga 530 km).

Menurut Proton, Proton eMas 7 mempunyai ukuran panjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, dan tinggi 1,670 mm, dengan jarak roda 2,750 mm. Ia lebih pendek tetapi lebih lebar berbanding Honda CR-V, dan lebih besar daripada Proton X70.

Untuk makluman, Proton eMas 7 adalah model pertama daripada lima model yang akan dibina menggunakan Global Modular Architecture (GMA) oleh Proton.

Proton eMas 7 akan mula dijual di Malaysia pada Disember 2024, di 29 pengedar yang terpilih, dan akan berkongsi ruang pameran dengan model Proton yang lain.

Jika harga Proton meletakkan harga Proton eMas 7 sama seperti Proton X70, mana satu yang anda akan pilih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top