Perodua x UTM untuk bangun EV generasi baru

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk sama-sama membangunkan EV generasi baru. Ia bagi memperkukuh industri automotif negara ini lantas meletakkan Malaysia sebagai pesaing yang berkaliber.

Menerusi MoU ini, sebuah pusat penyelidikan akan ditubuhkan di UTM Skudai, Johor, yang akan menjadi hab inovasi serta usaha sama antara penyelidik dan akademia dalam industri berkaitan. Empat fokus utama kerjasama ini adalah seperti:

  • Menambah baik kurikulum akademik UTM bagi jurusan berkaitan kejuruteraan automotif
  • Penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan pada EV
  • Memperkaya tenaga kerja mahir melalui pendedahan terhadap latihan praktikal
  • Perkongsian ilmu dalam kalangan pemain-pemain yang terlibat dalam industri

MoU dengan UTM ini adalah yang pertama dalam tahun 2025. Ia menyertai beberapa MoU penting yang telah tanda tangani dalam tahun 2024 yang lalu seperti:

Jika Proton ada e.MAS 7, Perodua pula ada eMO-II, EV konsep yang telah mereka pamerkan kepada khalayak ramai sewaktu KLIMS 2024. Pada segi spesifikasi, EMO-II katanya ada jarak gerak 400km dengan harga anggaran bawah RM90,000. Sekiranya jadi kenyataan, ia ternyata adaalah EV paling murah dalam pasaran.

Perodua EMO ii Kereta EV Pertama !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top