Kos Pemasangan Charger Proton e.MAS 7 Dirumah Bermula Pada RM1,388

Proton telah memperkenalkan perkhidmatan pemasangan kotak pengecas EV di rumah untuk pemilik Proton e.MAS 7, memberikan kemudahan tambahan kepada pengguna kenderaan elektrik (EV) ini. Dengan pilihan pengecas 7kW dan 22kW, servis ini direka untuk memenuhi keperluan pengecasan harian pengguna.

Harga Servis dan Ciri Pengecas

Pengecas 7kW: RM1,388

Pengecas 22kW: RM1,688

Kedua-dua pilihan ini mempunyai reka bentuk yang kecil dan kompak serta dilengkapi kabel sepanjang 5 meter. Pengecas ini juga kalis air, menjadikannya sesuai untuk penggunaan luar rumah. Lebih menarik, pengguna boleh mengawal pengecas melalui aplikasi Proton e.MAS untuk pengalaman yang lebih mudah dan pintar.

Proses Pemasangan dan Ciri Keselamatan

Proton memastikan pemasangan dilakukan dengan standard keselamatan tinggi, termasuk:

• Penilaian tapak sebelum pemasangan.

• Pemasangan lengkap dengan ELCBMCB, dan papan agihan PVC.

• Kabel permukaan dengan saluran PVC dan sambungan sehingga 10 meter.

• Waranti 2 tahun untuk pengecas dan kerja pemasangan.

• Tenaga kerja profesional untuk pemasangan.

Pengalaman kami sebagai pengguna EV jenama yang lain

Sebagai pengguna EV, pengalaman pemasangan sangat mudah dan hanya mengambil masa sehari. Pemasangan dilakukan selepas kotak DB (Distribution Board), bermakna tiada keperluan untuk melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau mendapatkan kelulusan tambahan daripada pihak berkuasa. Ini menjadikan proses lebih pantas dan mesra pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top