Selepas menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya, Proton e.MAS 7 diumumkan sedang sedang dalam fasa ujian menyeluruh. Sebanyak 6 buah Proton e.MAS 7 mengembara ke seluruh negara untuk merasai sendiri keadaan jalan raya di Malaysia sebelum dijual secara rasmi.
Para jurutera telah merangka rejim ujian yang meliputi:
- Durability Adaptive Testing (DAT)
- Electrical Road Testin (ERT)
- Advanced Driver Assistance System (ADAS) Road Test
- Quality Reliability Test (QRT)
Ujian ERT menyaksikan e.MAS 7 menjalani pemanduan sejauh 10,000km di atas jalan raya sebenar bagi menguji sistem elektriknya. Kemudian, sistem ADAS pula diuji dalam pelbagai seituasi seperti sewaktu ingin meletak kenderaan dan juga apabila sedang dipandu di atas laluan bertingkat.
Sistem Digital Head Unit (DHU) juga tidak terlepas daripada diuji dan ditambah baik untuk disuaikan dengan gaya bahasa Inggeris yang diguna pakai pengguna dalam pasaran ini. Lebih menarik, e.MAS 7 telah berjaya melepasi simulasi banjir sedalam 400mm.
Proton e.MAS 7 akan diuji pensijilan ASEAN NCAP
Proton e.MAS 7 akan menjalani ujian pensijilan NCAP untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk penumpang. Ia juga akan mengharungi ujian QRT merentasi 100,000km yang meliputi pecutan, brek, dan penggunaan tenaga. Mereka juga akan terus menerus menguji perisian sistem inforianya supaya sesuai dengan cita rasa pengguna Malaysia.
Proton e.MAS 7 akan dilancarkan dalam tahun 2024
Proton menggunakan pendekatan berfasa dalam pengenalan EV nasional pertama Malaysia itu. Dimulakan dengan pengumuman jenama e.MAS dalam bulan Jun 2024 diikuti dengan pendedahan rupa paras e.MAS 7 awal bulan Ogos 2024. Kemudian ia menyertai pula perarakan Hari Merdeka ke-67 dan akhir sekali sebanyak 6 unit berlegar-legar di sekitar jalan raya Malaysia untuk diuji.
Dalam bulan previu bulan Ogos 2024 dahulu, Proton telah memberikan komitmen untuk melancarkan e.MAS 7 dalam tahun ini juga yang bermakna kita boleh lihat lebih banyak e.MAS 7 di atas jalan raya seawal tahun 2025.

One thought on “Proton e.MAS 7 jalani ujian ketat untuk penuhi selera pengguna Malaysia”