Nombor Plat Khas Kereta Elektrik Kini Dibuka

Bagi anda yang ingin membeli kenderaan elektrik EV kini boleh membuat bidaan didalam aplikasi JPJ eBid. Perlu diingatkan nombor kenderaan ini tidak boleh didaftar kepada kenderaan sejenis petrol atau diesel walaupun hybrid, ianya khas untuk kenderaan elektrik.

Bermula dengan nombor EV1 dan berakhir dengan EV9999 kini boleh mula membida. bagi anda yang pertama kali membuat bidaan, terdapat cas yang perlu anda bayar untuk membida iaitu RM10 sebagai pendaftar bidaan untuk nombor yang anda mahukan sahaja, jika anda mahu membida nombor lain pada masa yang sama anda masih lagi perlu membayar daftar bidaan tersebut.

Harga untuk setiap bidaan bermula pada harga RM300 untuk nombor tiga dan juga empat angka seperti EV333 dan EV3333, manakala dua angka akan bermula pada RM2500 dan nombor satu angka seperti EV1, EV2 akan bermula pada RM20,000.

Semua kenderaan elektrik termasuklah motor sejenis bateri boleh mendaftar nombor plat khas ini untuk diletakkan pada kenderaan. Namun tiada berita jika kenderaan itu sudah di ubah menjadi sebuah kenderaan elektrik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top