Proton baru saja pecahkan pasaran dengan pelancaran rasmi Proton e.MAS 7 PHEV. Kalau sebelum ni kita risau harga kereta teknologi baharu ni kayangan sangat, Proton dah bagi satu kejutan besar.
Bukan setakat harga dia “ngam”, tapi pakej free gift dan rebat dia boleh buat anda terus nak pergi showroom sekarang. Jom kita bedah siasat apa yang ditawarkan.

1. Tiga Varian Untuk Tiga Jenis Poket
Proton tak bagi satu, tapi tiga pilihan varian ikut kesesuaian bajet dan gaya hidup.
- PRIME (Jimat & Padu) : Ini model entry-level. Sesuai untuk anda yang nak rasa teknologi PHEV, nak jimat minyak, tapi tak nak bayar harga premium. Walaupun “kosong”, dia masih bagi prestasi yang mantap dan penjimatan minyak yang power.
- PREMIUM (Pentingkan Keselamatan) : Tambah sikit duit, anda dapat ciri yang lebih mewah. Varian ni fokus pada keselesaan dan ciri keselamatan ADASyang lebih lengkap. Kalau selalu bawa famili jalan jauh, ini pilihan bijak.
- PREMIUM PLUS (Paling “Atas”) : Ini abang besar. Dia datang dengan bateri LFP lebih besar (lagi jauh boleh pergi mod EV), pengecasan DC lagi laju, dan ada Panoramic Sunroof. Kalau nak rasa feeling kereta mewah, ambil yang ini.



2. Harga Yang Buat Pesaing “Peluh Dahi”
Ini bahagian paling penting. Harga rasmi dia dah cukup kompetitif, tapi untuk 5,000 pembeli pertama, Proton bagi Rebat RM4,000!
Berikut adalah harga Atas Jalan (Tanpa Insurans) untuk Semenanjung Malaysia selepas tolak rebat:
| Varian | Harga Asal | Harga “Early Bird” (5,000 Unit Pertama) |
| PRIME | RM 109,800 | RM 105,800 |
| PREMIUM | RM 123,800 | RM 119,800 |
| PREMIUM PLUS | RM 129,800 | RM 125,800 |
(Nota: Untuk geng Sabah/Sarawak, tambah RM3,000 je dari harga di atas. Masih sangat berbaloi!)
Bayangkan, SUV saiz C dengan teknologi PHEV canggih, harga mula RM105k je? Memang steal.
3. “Five Power Packs”: Free Gift Bernilai RM7,500!
Proton tak bagi anda balik dengan tangan kosong. Diorang sediakan pakej Five Power Packs bernilai sehingga RM7,500 untuk pemilik awal. Apa yang anda dapat?
- Power Home: Percuma Wallbox Charger 7kW bernilai RM1,500. (Tak payah pening nak beli charger sendiri).
- Power Online: Data internet percuma 2GB setiap bulan selama 5 tahun (Bernilai RM1,000). Boleh layan Spotify dalam kereta puas-puas.
- Power Trade-In: Kalau trade-in kereta lama anda dekat CARSOME, dapat rebat tambahan RM1,000 (Sah sehingga 30 Jun 2026).
- Power Exchange: Ada kereta buruk usia 20 tahun atau dah tak boleh jalan? Bagi pada Proton untuk lupuskan, dan anda dapat RM4,000! (Tertakluk pada geran padanan kerajaan).
- Power Protection: Pakej Insurans e.MAS Care bernilai RM1,000. (Untuk 3,000 pelanggan pertama je tau!).

4. Jaminan (Warranty) Yang Bikin Tenang
Beli kereta teknologi baru ni, mesti risau pasal ketahanan kan? Proton faham benda tu, jadi mereka tawarkan jaminan yang cukup padu:
- Kereta: 6 Tahun / Tanpa Had Perbatuan (Mileage).
- Bateri Voltan Tinggi & Komponen: 8 Tahun / 160,000 KM.
Ini bermakna anda boleh lenjan kereta ni pusing satu Malaysia tanpa risau pasal waranti tamat sebab mileage dah lebih (untuk jaminan kenderaan).
Kesimpulan: Kena Cepat!
Secara jujurnya, tawaran RM105,800 untuk varian Prime tu sangat menarik untuk sesiapa yang nak beralih ke arah elektrifikasi tanpa pening kepala.
Tapi ingat, harga rebat RM4,000 tu cuma untuk 5,000 unit pertama. Kalau anda memang dah berkenan, baik tempah sekarang sebelum kuota habis dan harga kembali ke asal. Lambat tinggal!



