Mungkin goyah dengan Proton, BYD Malaysia lancarkan Atto 3 Ultra pada harga sangat kompetetif dengan e.MAS 7. Biasanya, kalau ada produk baru dilancarkan, harganya lagi mahal. Tapi BYD tawarkan pada harga RM26,000 lebih murah berbanding tahun lepas. Bukan setakat turun harga, ada beberapa perubahan pada rekaan untuk tarik minat lebih ramai pengguna.
Harga BYD Atto 3 Ultra di Malaysia
BYD Atto 3 Ultra ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM123,800 (124,500 OTR termasuk insurans). Sebagai perbandingan, harga tahun sudah adalah RM149,800 (RM150,430 OTR termasuk insurans). Untuk perspektif, Proton e.MAS 7 Prime mempunyai harga sekitar itu. Harganya adalah RM119,800 (OTR tak termasuk insurans)
Pada segi jaminan kenderaan, berikut adalah perlindungan yang bakal diterima:
- jaminan ke atas kenderaan: 6 tahun / 150,000km
- jaminan ke atas bateri: 8 tahun / 160,000km
- jaminan ke atas unit pemacu: 8 tahun / 150,000km
Promo untuk 1,000 pembeli terawal BYD Atto 3 Ultra
Seperti biasa, terdapat promo pembelian awal sedang berjalan. 1,000 pendaftaran pertama Atto 3 akan terima hadiah bernilai RM9,888 yang terdiri daripada:
- Rebat tunai RM5,000 (harga EV jadi RM118,800)
- Pakej selenggara percuma selama 8 tahun (bernilai RM4,888)
- Wallbox 7kW (bernilai RM3,699)
- Penyesuai V2L (bernilai RM9880
- Kabel pengecas Type-2 (bernilai RM1,796)
- Capaian Internet untuk kereta tanpa had selama 2 tahun
Apa yang baru dengan BYD Atto 3 Ultra?
Walaupun ada imbuhan Ultra pada nama varian, perubahan yang dibawakan ditaklah melambangkan imbuhan tersebut. Atto 3 Ultra masih kekalkan sebahagian besar spesifikasi terutamanya pada bahagian pemacu. Ia masih digerakkan motor elektrik 150kW (201hp) yang mengeluarkan daya kilas setinggi 310Nm untuk bawanya pecut ke 100km/j dalam masa 7.3 saat.
Kapasiti bateri juga sama pada. Tangki bateri Atto 3 Ultra adalah 60.48kWh berteknologi BYD Blade Battery. Berbekalkan tenaga ini, ia diiklankan ada jarak gerak 420km mengikut piawaian WLTP. Bila perlu dicas, ia sokong input DC 80kW manakala AC 7kW.
Kalau dah sama sahaja semuanya, apa yang berbeza?
Perbezaan pertama model 2025 dengan model 2024 adalah pada bahagian rim dengan rekaan baharu. Itu sahaja beza di bahagian luar. Di dalam, pengguna akan temui kerusi jenis ventilated dan kemasan kabin berjahit kuning disamping sokongan kunci kereta digital.
Itu saja perbezaanya.
BYD Atto 3 Ultra vs. Proton e.MAS 7
BYD Atto 3 Ultra akan terima saingan sangat sengit daripada Proton e.MAS 7 Premium. Untuk tahun 2025 bulan Januari dan Februari, setakat ini Proton e.MAS 7 mendominasi carta pendaftaran EV di Malaysia. Untuk tahun 2025 setakat Februari, e.MAS 7 sudah mencatatkan 1001 unit pendaftaran sementara Atto 3 pada takat 146 unit.
Atas kertas pun kelihatan Proton e.MAS 7 seperti mendahului Atto 3. Contohnya, motor elektriknya lebih berkuasa pada 160kW berbanding 150kW pada BYD. Jarak gerak BYD juga lebih pendek mengikut perbandingan jarak NEDC (420km vs. 470km). Lebih malang, dalam kategori mengecas juga ia tewas kepada Proton (100kW DC / 11kW AC vs. 80kw DC / 7kW AC).
Pada saya, faktor terbesar kenapa kepopularan Atto 3 semakin susut adalah rekaannya yang masih tak berubah sejak pelancarannya tahun 2022.
One thought on “Goyang dengan e.MAS 7? Atto 3 Ultra dilancar lebih murah”