
Denza D9 telah mendarat di Malaysia selepas tak berapa lama berselindung disebalik teaser. Denza adalah subjenama mewah untuk BYD dan D9 adalah model yang ada dalam kategori MPV elektrik. Kalau anda rujuk helaian spesifikasi, MPV mewah ini memang lengkap dengan segala macam ciri keselesaan dan prestasi juga tidak dikorbankan.
Harga Denza D9 di Malaysia
Denza D9 ditawarkan dalam dua varian di Malaysia iaituL
- Denza D9 Advance – RM259,000
- Denza D9 Premium – RM309,000
Sebagai promosi pelancaran, 800 pembeli pertama Denza D9 akan menerima beberapa manfaat seperti:
- wallbox 22kW
- Servis percuma untuk 6 tahun/120,000km
- bantal leher dan pinggan ekslusif
- set bagasi Denza
Walau bagaimanapun, sekiranya anda baru mula pertimbangkan untuk dapatkan EV ini kerana promosi menarik itu, anda dah terlambat. 800 kuota tersebut sudahpun diisi pada 28 Februari 2025 yang lalu.
Setiap unit Denza D9 dilindungi jaminan seperti berikut:
- 8 tahun/160,000km untuk bateri
- 8 tahun/150,000km untuk motor dan unit kawalan
- 6 tahun/150,000km untuk keseluruhan kenderaan
Lebih menarik, jaminan Denza D9 terpakai merentasi sempadan. Tri-Nation Worry-Free Protection Program membolehkan pemilik Denza D9 membuat tuntutan jaminan di Malaysia, Singapura, dan Thailand.
MPV elektrik mewah ini bersaing secara langsung dengan Zeekr 009 yang dilancarkan dalam bulan Disember 2024 lalu pada harga bermula RM349,800. Satu lagi MPV elektrik yang juga berada dalam kategori yang sama adalah Maxus MIFA 9 yang dilancarkan dalam bulan November 2023 lalu pada harga bermula RM268,888.
Spesifikasi Denza D9 di Malaysia
Sebagai MPV elektrik mewah, Denza D9 pastinya memberi fokus pada keselesaan orang yang berada di dalamnya.
Bermula di kerusi penumpang, instrument cluster kenderaan ini berukuran 10.25” 3D dan untuk berlibur, skrin 15.6” disediakan. Untuk kemudahan, dua pad pengecas telefon secara wayarles disediakan yang ada output 50W dan masing-masing satu berada di depan dan satu berada di belakang.
Lagi menambah suntikan mewah pada MPV elektrik ini adalah kerusi penumpang belakang jenis captain seat dan tak terhad di situ, kerusi penumpang barisan kedua ada srkin LCD tersendiri untuk mengawal beberapa ciri kenderaan.
Kalau nak rasa seperti bis, meja boleh lipat seperti dalam kabin kapal terbang juga ada. Paling mengangumkan, di bahagian tengah konsol tangan, anda boleh temukan peti sejuk untuk isi minuman kegemaran.
Kedua-dua varian Denza D9 punyai perbezaan besar pada motor elektrik. Varian Premium dipacu motor berkembar dengan output setinggai 275kW (368.7hp) dan tork 470Nm. Varian Advanced pula dipacu motor tunggal 230kW (308hp) dan tork 360Nm. Pecutan abad mereka masing-masing direkodkan pada 6.9s dan 9.5s.
Berbeza pada konfigurasi motor, namun varian Denza D9 berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 103.6kWh. Sistem pengecasannya boleh menerma arus DC pada paras 166kW sementara AC pada paras 11kW. Berbekalkan satu bateri penuh, varian Advance boleh pergi sehingga 520km sementara Premium sehingga 480km mengikut piawaian WLTP.Anda boleh layari laman rasmi Denza D9 Malaysia untuk maklumat lanjut.
