Proton mengumumkan mereka menciptak rekod tersendiri. Kurang daripada 3 bulan daripada pelancaran rasmi Proton e.MAS 7, sebanyak 1,000 unit EV baru itu telah di hantar ke pelanggan mereka di seluruh Malaysia. Tidak syak lagi ini adalah EV paling laku keras di negara kita. Sebagai perbandingan, BYD Atto 3 mengambil masa 100 hari untuk edarkan 1,000 unit.
Pro-Net, pengedar ekslusif e.MAS 7 juga memaklumkan yang mereka sedang mengendalikan lebih 4,500 tempahan dan tak lama lagi, penghantaran akan mencecah 6,000 unit.

Proton e.MAS 7 paling banyak didaftarkan dalam Januari 2025
Seperti yang dilaporkan tempoh hari,didapati yang Proton e.MAS 7 adalah EV paling banyak didaftarkan dalam bulan Januari 2025. Daripada 1,256 pendaftaran EV yang masuki pengkalan data JPJ bulan itu, 421 daripadanya adalah Proton e.MAS 7 yang melambangkan kira-kira 33.5% daripada keseluruhan.
Harga Proton e.MAS 7 di Malaysia
Proton e.MAS 7 ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut:
- Proton e.MAS 7 Prime – RM109,800
- Proton e.MAS 7 Premium – RM123,800
Dalam waktu terhad, 3000 tempahan pertama akan dapat harga diskaun seperti berikut:
- Proton e.MAS 7 Prime – RM105,800
- Proton e.MAS 7 Premium – RM119,800
Pada harga sebegitu, inilah dia SUV elektrik termurah di Malaysia selepas MG ZS EV. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan SUV elektrik pada harga sekitarnya.
- BYD Atto 3 – RM149,800
- Chery Omoda E5 – RM146,800
- GAC Aion Y Plus – RM119,800 (Elite), RM135,800 (Premium)
- Leapmotor C10 – RM159,000
- MG ZS EV – RM99,999
- Tesla Model Y – RM195,450 (RWD), RM242,450 (LR), RM254,450 (Performance, model lama)
- Xpeng G6 – RM165,820 (580 Pro), RM185,820 (755 Pro)
Proton e.MAS 7 dilindungi jaminan tanpa had perbatuan selama 6 tahun lamanya. Komponen bateri bervoltan tinggi dan komponen yang berkaitan dengannya dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km.
Antara pakej menarik yang ditawarkan bersama-sama setiap pembelian Proton e.MAS 7 adalah seperti:
- Power Home – Percuma Home Charger 7kW (RM1,500)
- Power Plus – Adapter V2L (RM500)
- Power Financing – Kadar faedah serendah 1.98% (RM3,000)
- Power Online – Kuota Internet tanpa had 5 tahun (RM1,800)
- Power Exchange – Tukar beli kereta Proton untuk dapat sehingga RM1,200
Spesifikasi ringkas Proton e.MAS 7
Kedua-dua varian SUV Proton e.MAS 7 dipacu motor elektrik di gandar depan yang keluarkan output 160kW (215hp) dengan tork 320Nm. Ia pecut daripada pegun ke 100km/j dalam masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 175km/j.
Beza paling besar antara varian adalah kapasiti bateri. Prime dilengkapi bateri Aegis Short Blade LFP berkapasiti 49.52kWh yang berikan jarak gerak 345km (WLTP) sementara Premium ada bateri 60.22kWh yang berikan jarak gerak 410km mengikut piawaian yang sama.
Bila pengguna perlu isi bateri, sistem baterinya sokong input sehingga 100kW DC (Premium) ataupun 80kW DC (Prime). Namun untuk AC, mereka berkongsi spesifikasi yang sama iaitu 11kW AC. Dilaporkan yang dairpada 30 ke 80% EV ini mengambi lmasa 20 minit bila guna pengecas DC.
Satu ciri menarik e.MAS 7 adalah sokongan V2V yang bolehkan ia mengecas kereta lain pada paras sehingga 6kW AC.
Sumber: Proton