Proton e.MAS 7 dahului carta pendaftaran EV Januari 2025

Data JPJ Malaysia tentang pendaftaran kenderaan telah dikemas kini untuk Januari 2025. Didapati yang Proton e.MAS 7 adalah EV paling banyak didaftarkan dalam bulan lepas. Daripada 1,256 pendaftaran EV yang masuki pengkalan data JPJ bulan itu, 421 daripadanya adalah Proton e.MAS 7 yang melambangkan kira-kira 33.5% daripada keseluruhan.

BYD pengeluar EV paling popular di Malaysia

Seperti biasa, pada segi pengeluar, BYD tetap menjadi jenama paling popular termasuklah dalam Januari 2025. Sebanyak 486 unit EV BYD pelbagai model telah didaftarkan. Paling popular adalah SUV Elektrik BYD Sealion diikuti MPV elektrik BYD M6 dan dua yang terakhir masing-masing SUV elektrik dan sedan elektrik iaitu Atto 3 dan Seal.

BMW satu-satunya jenama bukan China dalam top 10

Daripada jadual yang sama, boleh diperhatikan bahawa BMW satu-satunya pengeluar EV bukan China berada dalam top 10 dengan satu model sahaja iaitu BMW i5. Satu perkara menarik yan gboleh dicerap daripada statistik ini juga adalah lebih 74% daripada pendaftaran EV Malaysia Januari 2025 daripada model 10 teratas.

Proton e.MAS 7 laku keras sebab harganya kompetetif

Proton e.MAS 7 ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM109,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM123,800

Dalam waktu terhad, 3000 tempahan pertama akan dapat harga diskaun seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM105,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM119,800

Pada harga sebegitu, inilah dia SUV elektrik termurah di Malaysia selepas MG ZS EV. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan SUV elektrik pada harga sekitarnya.

  • BYD Atto 3 – RM149,800
  • Chery Omoda E5 – RM146,800
  • GAC Aion Y Plus – RM119,800 (Elite), RM135,800 (Premium)
  • Leapmotor C10 – RM159,000
  • MG ZS EV – RM99,999
  • Tesla Model Y – RM195,450 (RWD), RM242,450 (LR), RM254,450 (Performance, model lama)
  • Xpeng G6 – RM165,820 (580 Pro), RM185,820 (755 Pro)

Proton e.MAS 7 dilindungi jaminan tanpa had perbatuan selama 6 tahun lamanya. Komponen bateri bervoltan tinggi dan komponen yang berkaitan dengannya dilindungi jaminan 8 tahun ataupun 160,000km.

Antara pakej menarik yang ditawarkan bersama-sama setiap pembelian Proton e.MAS 7 adalah seperti:

  • Power Home – Percuma Home Charger 7kW (RM1,500)
  • Power Plus – Adapter V2L (RM500)
  • Power Financing – Kadar faedah serendah 1.98% (RM3,000)
  • Power Online – Kuota Internet tanpa had 5 tahun (RM1,800)
  • Power Exchange – Tukar beli kereta Proton untuk dapat sehingga RM1,200

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top