Proton X50 Sport Edition: Kelebihan Kosmetik yang Memikat

Proton X50 Sport Edition telah selamat dilancarkan pada 16 Januari 2025 ini. Pelancarannya dibuat secara dalam talian dan telah disiarkan secara langsung menerusi media sosial aurs perdana seperti Facebook, TikTok, dan YouTube pada jam 9 malam. Buat yang terlepas berita, model edisi terhad ini pertama kali dipamerkan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.

Harga Proton X50 Sport Edition

Proton X50 Sport Edition dibangun berasaskan varian Premium. Model ini tiada ADAS secanggih varian Flagship dan tiada juga sunroof. Perkara yang menarik, harga jualannya adalah bawah RM100,000 iaitu RM98,300. Ia selepas mengambil kira rebat RM7,000 yang diberikan untuk bulan Januari 2025.Jadi, harga penuh Proton X50 Sport Edition di Malaysia adalah RM105,300.

Sebagai rujukan, Proton X50 Premium ditawarkan pada RM101,800 sementara X50 Flaghsip berharga RM113,300.

Proton X50 Sport Edition 150PS/226NM

Seperti dikatakan tadi, asas varian X50 Sport Edition adalah X50 Premium. Jadi anda akan dibawa bergerak dalam kenderaan berenjin 1.5L 3 silinder sebaris, 12 injap DOHC dan ada turbo. Ia berikan output sehingga 150PS (110kW) dengan tork setinggi 226Nm.

Kelebihan kosmetik Proton X50 Sport Edition

Perbezaan besar Proton X50 Sport Edition berbanding yang lain sebahagian besarnya adalah pada kosmetik. Model ini dapat splitter depan berwarna merah, skirt sisi dan belakang yang tambahkan kegarangannya. Bahagian jeriji depan pula dicat hitam berkemasan gloss untuk lebih premium.

I

Badannya berwarna hitam sepenuhnya tapi ada belang merah di beberapa lokasi depan ke belakang, lagi untuk lebih menguatkan ciri Sport Edition. Akhir sekali, rim juga berwarna hitam dengan kemasa dua tona disamping lencana Sport Edition khas yang ditampal supaya orang kenal itu adalah edisi istimewa daripada jauh.

Tambahan pengecas wayarles untuk telefon

Di bahagian dalam, sementara sebahagian ebsarnya tak berubah berbanding model baisa, X50 Sport Edition ada tambahan pegencas wayarles untuk mengecas telefon pintar. Lagi aksesori kosmetik baharu yang didatangkan sekali adalah pelindung bingkai pintu, alas kaki, serta alas but khas untuk Sport Edition.

Sumber: Proton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top