Kelebihan e.MAS 7 Berbanding BYD Atto 3

BYD Atto 3 adalah SUV elektrik paling laris di Malaysia. Dalam tahun 2024 sehingga September 2023, sebanyak lebih 2,000 unit EV ini telah terjual dan pesaing terdekat adalah Tesla Model Y dengan pandaftaran sekitar 1,800 unit.

Purata 250 jualan sebulan adalah sasaran yang Proton perlu atasi untuk berlawan dengan Atto 3. Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pro-Net sewaktu pelancaran tempoh hari, ia adalah satu misi yang mudah. Pro-Net sudahpun ambil langkah kanan dengan harga jualan lebih murah.

Proton e.MAS 7 rasmi di Malaysia, harga bermula RM105,800

Selain harga, apa lagi kelebihan e.MAS 7 berbanding BYD Atto 3?

e.MAS 7 vs. BYD Atto 3: Harga & Jaminan

Proton e.MAS 7 Premium iaitu varian paling tinggi ditawarkan pada RM119,800. Ia jadikan EV ini lebih mampu milik berbanding BYD Atto 3 yang harganya RM149,800. Lebih menarik, Proton e.MAS 7 juga ada varian Prime yang lebih mampu milik pada RM105,800. Pada harga sebegitu, ini adalah SUV elektrik termurah di Malaysia selemas MG ZS EV.

Perbezaan harga RM30,000 antara e.MAS 7 dengan Atto 3 adalah besar dan bila diambil kira aspek spesifikasi teknikal, e.MAS 7 juga seakan tawarkan lebih nilai.

Tempahan Proton e.MAS 7 cecah 2500 Dalam Masa Yang Singkat

Contohnya daripada segi jaminan, Atto 3 melindungi EV ini dalam jaminan bersegmen iaitu:

  • jaminan kenderaan
  • jaminan bateri bervoltan tinggi
  • jaminan sistem multimedia
  • jaminan sistem pencahayaan

Jaminan e.MAS 7 lebih komprehensif dan tak berkira. Anda dapat jaminan ke atas keseluruhan kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan diikuti dengan jaminan ke atas sistem bateri bervoltan tinggi selama 8 tahun.

Kedua-dua model tawarkan pertukaran bateri 1-dengan-1 sekiranya kesihatan bateri turun melepasi takat tertentu. Anda boleh pergi ke laman rasmi BYD Atto 3 dan Proton e.MAS 7 untuk periksa polisi jaminan model masing-masing.

e.MAS 7 vs. BYD Atto 3: Dimensi dan fizikaliti

Proton e.MAS 7 dan BYD Atto 3 adalah model yang berada dalam kategori SUV.

Dimulakan dengan e.MAS 7, ia ada ukuran panjang x lebar x tinggi pada 4,615 x 1,901 x 1,670mm manakala Atto 3 ada ukuran 4,465 x 1,876 x 1,610mm. Secara keseluruhannya, e.MAS 7 adalah lebih besar berbanding pesaingnya itu. Ia lebih tinggi, lebih panjang, dan lebih lebar. Jarak gandar juga adalah lebih panjang (2,750mm vs. 2,720mm).. Semua ini diterjemahkan pada ruang kabin lebih luas.

Berikut adalah 5 contoh SUV elektrik dengan saiz seakan e.MAS 7 dan Atto 3:

  • XPeng G6: 4753 x 1920 x 1650 mm
  • Chery Omoda E5: 4600 x 1890 x 1650 mm
  • Neta X: 4500 x 1835 x 1650 mm
  • Tesla Model Y: 4,750 x 1921 x 1642 mm
  • Leapmotor C10: 4600 x 1920 x 1650 mm

Ruang but e.MAS 7 juga adalah lebih luas. Dalam keadaan biasa, ruang belakang EV ini adalah seluas 461L berbanding 345 pada Atto 3. Malangnya, kedua-dua EV ini tak ada frunk untuk ruang penyimpanan tambahan di bahagian bonet.

e.MAS 7 vs. BYD Atto 3: Motor elektrik, bateri, & jarak perjalanan

Motor elektrik e.MAS 7 lebih berkuasa

Kedua-dua model adalah pacuan hadapan. Walau bagaimanapun, e.MAS 7 ada motor sedikit lebih berkuasa. EV Proton ini dilengkapi motor elektrik 12-dalam-1 yang keluarkan 160kW (215hp) dengan tork 320Nm sementara Atto 3 miliki kuasa 150kW (201hp) dengan tork 310Nm.

Proton e.MAS 7 lebih berat daripada Atto 3  (1765kg vs. 1750kg). Namun, disebabkan motor yang lebih berkuasa disamping drag coefficient yang lebih baik (0.275 pada e.MAS 7 vs. 0.29 pada Atto 3), e.MAS 7 boleh pecut ke 100km/j lebih pantas. Pecutan abad model ini mengambil masa 6.9 saat berbanding 7.3 saat yang diperlukan Atto 3 untuk capai kelajuan yang serupa.

Atto 3 ada bateri lebih besar, gerak lebih jauh

Proton e.MAS 7 menggunakan teknologi AEGIS Short Blade Battery dengan jarak gerak sehingga 410km WLTP. Atto 3 pula gunakan BYD Blade batteri dan ada jarak perjalanan sehingga 420km WLTP berbekalkan bateri lebih besari iaitu 60.42kWh vs. 60.22kWh pada model EV Proton. Atas kertas, kelihatan Atto 3 boleh gerak lebih jauh jika dibandingkan dengan e.MAS 7 sebanyak 10km.

Proton e.MAS 7 boleh terima arus DC lebih tinggi

Walaupun tewas pada jarak gerak, e.MAS 7 ada satu kelebihan iaitu keupayaan pengecasan yang lebih baik. EV Proton itu mampu terima arus DC setinggi 100kW untuk mengecas daripada 30% ke 80% dalam masa 20 minit dan AC pada paras 11kW mengambil masa 6.1 Jam. Jika dibandingkan dengan sistem pengecasan BYD Atto 3 iaitu 88kW DC dan 11kW AC mengecas dalam masa 40 minit untuk penuhkan 20% ke 80% tetapi AC mengambil 9 jam 42 minit.

Jadi, secara teori, e.MAS 7 berhenti mengecas lebih singkat berbanding Atto 3.

Kedua-duanya ada V2L tapi e.mAS 7 ada V2V juga

Kedua-dua kenderaan ini mempunyai fungsi V2L. Dengan penyesuai khas, bateri kereta boleh digunakan untuk perkasakan peralatan elektrik seperti laptop, hidupkan pengering rambut, mesin kopi, dan sebagainya. Mereka boleh outputkan kuasa maksimum sebanyak 3.3kW untuk tujuan tersebut.

e.Mas 7 ada satu ciri tambahan iaitu V2V. Dalam keadaan kecemasan, bateri e.Mas 7 boleh dikongsika ndengan EV lain pada output setinggi 6kW. Ini adalah satu-satunya EV di Malaysia yang ada ciri itu setakat ini.

e.MAS 7 vs. BYD Atto 3: Dalaman dan Luaran

Kabin BYD Atto 3 adalah lebih berusia pada segi rekaan dan agak pelik juga rekaannya. Contohnya, dashboard Atto 3 seakan otot adalah sesuatu yang ironi kerana ini adalah EV tapi ada elemen organik. Tempat simpanan botol juga dipegang oleh barisan tali elastik yang ramai orang gelarnya sebagai tali gitar.

Ia tidak mengejutkan kerana Atto 3 sudahpun berada dalam pasaran sejak 2021 sedangkan e.MAS 7 diperkenalkan kepada umum dalam May 2024. Jadi, rekaan dalaman e.MAS 7 adalah lebih segar.

Skrin inforia

Skrin inforia kedua-dua model adalah hampir sama besar, 15.6” pada Atto 3 berbanding 15.4” pada e.MAS 7. Kelebihan Atto 3 pula adalah skrin ini boleh pusingkan untuk jadi menegak, satu ciri yang unik pada EV berjenama BYD. Kedua-dua kenderaan juga menyokong Android Auto dan Apple Carplay tetapi pengguna e.MAS 7 harus tunggu seketika kerana dimasa akan datang akan ada kemaskini untuk gunakan fitur itu. 

Proton memaklumkan yang EV mereka juga akan menyokong ciri tersebut tapi tidak dimaklumkan bila ia akan disalurkan melalui OTA.

Android Auto dan Apple CarPlay

Walau bagaimanapun, untuk instrumen kluster, e.MAS 7 menang besar dengan skrin 10.2” LCD berbanding 5” pada model pesaing. Sekiranya gilakan data dan ingin lihat semua info di depan mata, e.MAS 7 adalah jawapannya. Namun, untuk pemanduan bebas skrin, Atto 3 dilihat sebagai pilihan lebih sesuai. Satu ciri yang akan dihargai pemandu adalah ventilated seat. Malangnya, hanya e.MAS 7 sahaja yang tawarkan ciri tersebut.

e.MAS 7 vs. BYD Atto 3: NCAP, ADAS, dan keselamatan

Kedua-dua e.MAS 7 dan Atto 3 menerima penarafan 5 bintang masing-masing dalam ASEAN NCAP dan EURO NCAP. Jadi anda boleh jangkanan sistem keselamatan yang komprehensif. Pada komponen beg udara, Atto 3 ada sejumla 7 unit berbanding 6 pada e.MAS 7.

Untuk sistem bantu pandu aktif dan pasif, mereka ada ADAS Tahap dua dengan ciri seperti Adaptive Auto Cruise pada semua kelajuan dan Automatic Emergency Braking disamping sistem keselamatan untuk trafik belakang seperti Rear Traffic Warning.

Mereka juga ada sistem kamera keliling 360 darjah dan juga parking sensor depan dan belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top