Pemilik proton eMAS 7 dapat cas di Condominium lebih murah

Proton New Energy Technology (Pro-Net) dan EV Connection (EVC) telah mengumumkan program Pro-Net x EVC Condominium EV Charging Infrasturucture. Inisiatif usaha sama antara dua pihak itu mensasarkan untuk memasang pengecas EV di 100 kodominium secara percuma.

Program ini beroperasi menggunakan model perkongsian keuntungan dan sifar capex yang bermakna:

  • pihak EVC akan tanggung kos pemasangan daripada pengecas, infrasturktur, dan pematuhan
  • pengurusan kondominium tak perlu keluar sebarang belanja
  • keuntungan daripada servis mengecas EV akan dikongsikan dengan pengurusan kondominium

Buat pengurusan kondominium yang berminat untuk menyertai program ini, mereka boleh lakukan permohonan di laman rasmi EVC.

Kadar mengecas EVC lebih menarik untuk pemilik e.MAS dan Smart

Caj pengecasan di stesen EVC ini ditetapkan pada RM0.70/kWh. Ia katanya sangat hampir dengan tarif TNB kategori kediaman. Lebih menarik, pemilik e.MAS dan Smart akan nikmati kadar lebih rendah. Bermula Januari 2025, pengguna dua jenama ini nikmati kadar 10% lebih rendah iaitu pada RM0.63/kWh sewaktu mengecas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top