Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) mengumumkan ikrar mereka untuk membantu Perodua menghasilkan kenderaan elektrik (EV) berharga bawah RM100,000 untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia beroleh manfaat EV. Antara sokongan yang akan diberikan adalah seperti pelepasan cukai dan melicinkan proses-proses berkaitan birokrasi.
Ia selepas PMX Anwar Ibrahim semasa pebentangan Belanjawan 2025 beliau mengatakan yang kerajaan memberi komitmen untuk berikan banyak kemudahan kepada EV CKD untuk menjadikan impian rakyat Malaysia merasai EV bawah RM100 ribu jadi kenyataan.
https://www.facebook.com/reel/432511812975654
Perodua EM-O direalisasikan 2025?
Perodua sewaktu Malaysia Autoshow 2023 dulu ada mempamerkan konsel EV mereka yang dinamakan Electric Motion-Online (EM-O) untuk berikan sneak peak kepada apa yang sedang mereka bangunkan.
Kemudian tiba ke Malaysia Autoshow 2024, mereka pamerkan Emo-1, sebuah Myvi yang diubah menjadi sebuah EV namun masih tidak boleh bergerak, cuma sekadar pameran.

Daripada maklumat teknikal yang dikongsikan ketika itu, EM-O diperkasa motor elektrik berkuasa 95PS (~70kw), bateri berkapasiti 50kWh, dengan jarak kembara sehingga 350km. Sistem pengecasan pula adalah 300kW DC yang katanya boleh isi 80% bateri dalam masa 20 minit.
Sebagai perspektif, rata-rata EV yang ada dalam pasaran sekarang berharga sekitar RM150,000 mempunya kuasa motor sekitar 150kW – 160kW. Tiada satupun mereka mempunyai sistem pengecasan 300kW, paling tinggi pun 100kW. Sangat mengagumkan sekiranya Perodua mampu merealisasikan spesifikasi sebegini pada harga bawah RM100 ribu.
