Proton e.MAS kumpul momentum pacu revolusi EV Malaysia dengan 36 pengedar baru

PRO-NET, subsidiari kepada Proton, telah mengumumkan pelantikan 36 pengedar Proton eMAS. Angka tersebut adalah sekali ganda lebih banyak berbanding 17 yang diumumkan dalam bulan Jun 2024 lalu. Peluasan jaringan pengedaran ini menandakan komitmen PRO-NET yang tinggi untuk merubah landskap EV Malaysia.

https://www.facebook.com/watch/?v=874248824800887

Sementara menunggu pelancaran model Proton eMAS 7, EV pertama daripada Proton, pengedar dibawa melawat Geely Research Institute (GRI) yang terletak di Hangzhou, China. Lawatan tersebut terdiri daripada 40 peserta, campuran antara pengedar serta eksekutif dari Proton sendiri.

Lawatan 3 hari itu membolehkan mereka melihat sendiri pembangunan EV yang dijalankan Geely serta mempelajari selok belok operasi jualan dan servis EV berjenama Geely. Pelawat juga dibawa memandu uji Geely Galaxy E5 iaitu kembar kepada Proton eMAS 7 versi left-hand-drive (LHD).

Dengan peluasan rangkaian pengedaran Proton eMAS di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak, Proton mensasarkan untuk bukan sahaja membuka pusat jualanm malah mereka turut berhasrat membuka hab penyelidikan bagi mendalamkan kemahiran bakat tempatan dalam teknologi EV.

Spesifikasi Proton eMAS 7

Spesifikasi teknikal eMAS 7 buat masa ini masih belum ada. Tapi kita boleh merujuk kepada Galaxy E5 kerana ia secara asasnya kereta yang ama, berbeza pada segi kedudukan tempat pemandu. Galaxy E5 ataupun Geely EX5 untuk pasaran Global adalah sebuah EV pacuan roda depan yang miliki output motor 160kW/320Nm tork. Daripada 0 ke 100km/j, ia ambil masa kira-kira 6.9 saat.

Spesifikasi teknikal Galaxy E5/EX5

  • Dimensi: 4.615mm x 1,901mm x 1,670mm
  • Jarak gandar: 2,750mm
  • Kapasiti bateri: 49.52kWh (440km CLTC) / 60.22kWh (530km CLTC)
  • Pengecasan: 30% – 80% dalam amsa 20 minit (DC), Sehingga 9 jam ke 100% (AC)

eMAS 7 dibangunkan di atas Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) yang mempunyai ciri-ciri seperti cell-to-body (CTB) untuk berikan lebih banyak ruang dalam. Bateri kereta ini adalah daripada jenis lithoum iron phosphate (LFP) berteknologi Aegis hasilan Geely sendiri yang lepas ujian ketahanan yang getir.

Proton eMAS 7 akan dilancarkan dalam tahun 2024

Proton menggunakan pendekatan berfasa dalam pengenalan EV nasional pertama Malaysia itu. Dimulakan dengan pengumuman jenama eMAS dalam bulan Jun 2024 diikuti dengan pendedahan rupa paras eMAS 7 awal bulan Ogos 2024. Kemudian ia menyertai pula perarakan Hari Merdeka ke-67 dan akhir sekali sebanyak 6 unit berlegar-legar di sekitar jalan raya Malaysia untuk diuji.

Dalam bulan previu bulan Ogos 2024 dahulu, Proton telah memberikan komitmen untuk melancarkan eMAS 7 dalam tahun ini juga yang bermakna kita boleh lihat lebih banyak eMAS 7 di atas jalan raya seawal tahun 2025.Meta Description: Proton eMAS expands its EV dealer network in Malaysia after a tech-packed visit to Geely’s R&D in China. Discover how they’re gearing up for the EV revolution!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top