Proton eMAS 7 akan travel ke seluruh Malaysia sebelum pelancaran

EV pertama daripada Proton, eMAS 7 akan dipandu ke seluruh Malaysia, mencakupi jarak pemaduan lebih 2,000km termasuklah Sabah dan Sarawak. Ia bagi membuktikan keutuhan kereta ini sebelum pelancarannya yang dijadualkan dalam bulan Disember 2024.

Pada 25 September 2024 ini, eMAS 7 akan dipamerkan di beberapa lokasi terpilih dalam Lembah Klang dan Putrajaya. Orang awam yang berminat ingin melihat eMAS 7 secara lebih dekat, bolehlah mengambil peluang tersebut sebelum eMAS 7 memulakan perjalanan pada 5 Oktober 2024. Kembara eMAS 7 seluruh Malaysia daripada Lembah Klang akan diteruskan ka negeri-negeri berikut, mengikut turutan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Lembah Klang, Sabah, dan Sarawak.

Proton eMAS 7 dilihat sebagai EV yang akan merubah landskap kereta elektrik tempatan. Ia telah diuji secara menyeluruh melibatkan 700 ribu jam pembangunan dan 10 juta kilometer ujian kenderaan.

eMAS 7 sudahpun dilihat beberapa kali di atas jalan raya Malaysia dan baru-baru ini ia telah menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2024.

eMAS 7 teruskan kembara Geely Galaxy E5 dari China

Proton eMAS 7 akan meneruskan kempen kembara Geely Galaxy E5 yang tiba daripada China. Kembar eMAS 7 itu telah melengkapkan perjalanan sejauh 3,700km daripada China ke Malaysia yang juga diadakan Geely untuk mempamerkan keutuhan EV tersebut. Perjalanan bermula daripada Guiyang, China melalui Laos, Thailand, dan tiba di Malaysia.

Proton terus-menerus menekankan yang eMAS 7 bukan sekadar rebadge sebaliknya dibangunkan bersama-sama Geely dan ia melibatkan 230 jurutera Malaysia yang diterbangkan ke China.

https://www.facebook.com/share/r/CztC5JH8VpdYAWxy

 Buat anda yang ingin mengikuti secara dekat pengembaraan eMAS 7 ke seluruh Malaysia, anda boleh ikut laman rasmi Proton ataupun tanda pagar #emas7tour ataupun #JELAJAHeMAS7.

Spesifikasi eMAS 7

Spesifikasi teknikal eMAS 7 buat masa ini masih belum ada. Tapi kita boleh merujuk kepada Galaxy E5 kerana ia secara asasnya kereta yang sama, berbeza pada segi kedudukan tempat pemandu. Galaxy E5 ataupun Geely EX5 untuk pasaran Global adalah sebuah EV pacuan roda depan yang miliki output motor 160kW/320Nm tork. Daripada 0 ke 100km/j, ia ambil masa kira-kira 6.9 saat.

Spesifikasi teknikal Galaxy E5/EX5

  • Dimensi: 4.615mm x 1,901mm x 1,670mm
  • Jarak gandar: 2,750mm
  • Kapasiti bateri: 49.52kWh (440km CLTC) / 60.22kWh (530km CLTC)
  • Pengecasan: 30% – 80% dalam amsa 20 minit (DC), Sehingga 9 jam ke 100% (AC)

eMAS 7 dibangunkan di atas Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) yang mempunyai ciri-ciri seperti cell-to-body (CTB) untuk berikan lebih banyak ruang dalam. Bateri kereta ini adalah daripada jenis lithoum iron phosphate (LFP) berteknologi Aegis hasilan Geely sendiri yang lepas ujian ketahanan yang getir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top